CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1315|Reply: 8

[Dunia] Wanita alami kebas seluruh badan selepas kutip duit kertas dalam tandas

[Copy link]
Post time 18-7-2022 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Wanita alami kebas seluruh badan selepas kutip duit kertas dalam tandas






  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 17 Julai 2022, 9:30 pm















TENNESSEE: Seorang wanita berasa kebas seluruh tubuhnya sehingga tidak boleh bercakap dan bergerak selepas mengutip sekeping duit kertas yang ditemukannya dalam tandas di restoran makanan segera, di sini baru-baru ini.

Lapor India Times, wanita itu, Renne Parson memaklumkan badannya berasa kebas sehingga dia perlu mendapatkan rawatan di hospital selepas mengutip duit itu yang ditemukannya atas lantai dalam tandas berkenaan.

“Saya berasa kebas seluruh badan sehinggakan tidak mampu bercakap, selain sesak nafas.

“Ketika kejadian, saya dan keluarga singgah di restoran tersebut untuk pergi ke tandas sebelum meneruskan perjalanan kami.

“Selepas masuk ke tandas, saya ternampak sekeping duit kertas di atas lantai dan tanpa memikirkan apa-apa, saya terus mengutip duit itu dan beredar ke kereta,” katanya.

Sebaik sahaja sampai di kereta, Parson mula rasa kebas dan seperti lumpuh, menyebabkan suaminya segera membawanya ke hospital.

Ketika dalam perjalanan, Parson sempat pitam sebelum sedar kembali dan menerima rawatan di hospital.

Berikutan kejadian itu, suaminya membuat laporan polis dan berdasarkan siasatan awal, duit kertas itu berkemungkinan dicemari dengan dadah sintetik jenis fentanyl.

Dadah tersebut sering digunakan sebagai ubat tahan sakit selepas pembedahan di hospital, selain dijadikan ubat tahan sakit untuk pesakit kanser.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kejadian kt sini bwk pegi jumpa bomoh mesti bomoh ckp org hantar santau guna duit kertas
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang pesan jgn ambil duit kat atas lantai.

Nasib baiklah skrg not paling besar RM100 bukannya RM1000 seperti zaman dulu.





Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengajarannya jangan amik duit yg bukan milik kita, kalau jumpa atas lantai kuis2 je ngan kaki or amik penyapu sapu buang dlm tong sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun percaya wang kertas tu dicemari sesuatu,contohnya dadah. Ataupun dia ada alergi dengan benda yang dia pegang. Aku pernah alami alergi teruk. Tak sampai 10 minit terdedah dengan bahan alergen,aku pitam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 07:56 AM | Show all posts
jangan sekali kali kutip duit di jalanan...kadang kadang ada benda kotor org letak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2022 08:37 AM | Show all posts
sebab tu aku x suka kutip sampah tepi jalan, takut jadi macam ni la
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 09:03 AM | Show all posts
minah ni igt rezeki terpijak la tu.last2 kena gi spital
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
edisi islam kena kifarah kutip duit milik org masuk poket sendiri, edisi melayu terkena santau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.046892 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list