CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Tempatan] Mahu melawak ada hadnya

[Copy link]
Post time 18-7-2022 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Mahu melawak ada hadnya

https://www.kosmo.com.my/2022/07/18/mahu-melawak-ada-hadnya/

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
18 Julai 2022, 8:31 am


GAMBAR HIASAN

DUA minggu lalu, negara dikejutkan dengan penularan sebuah video memaparkan tindakan seorang pelawak wanita yang menanggal tudung dan membuka pakaiannya di hadapan ramai ketika mengadakan persembahan komedi solo di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur.

Dalam video berkenaan, wa­nita itu, Siti Nuramira Abdullah atau lebih dikenali Amy mengaku berketurunan Melayu, beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.

Video tersebut kemudian telah mengundang banyak kecaman sehingga mendapat perhatian banyak pihak termasuklah golongan pendakwah, selebriti dan pelawak yang menyifatkan perbuatannya sangat memalukan dan menghina Islam.

Video itu juga turut mendapat perhatian serius Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sejurus selepas video itu tular Amy dan kekasihnya muncul menerusi siaran langsung dalam YouTube, menjawab pelbagai soalan ramai terutama berkaitan video kontroversi membabitkan dirinya.

Amy yang mendakwa berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan berkaitan tindakan beraninya selain me­ngakui sangat berbangga menjadi seorang Islam.

Dalam pada itu, Alex juga menyifatkan teman wanitanya sebagai seorang yang berpegang pada ajaran Islam dan mendakwa akan memeluk agama tersebut selain bakal berkahwin tidak lama lagi.

Alex bagaimanapun meng­halang Amy daripada menjawab soalan berkaitan video kontroversinya kerana enggan jawapan mereka akan disalah tafsir.

Akibat video kontroversi itu, Amy dan Alex atau nama sebenarnya V. Alexander Navin akhirnya diheret ke mahkamah. Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Bagi pertuduhan Amy, dia didakwa telah mengaku bahawa dia adalah seorang Muslim selain telah menghafal 15 Juzuk al-Quran dan bertindak membuka tudung serta menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Perbuatan itu boleh menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama di antara orang-orang yang menganut agama yang mana pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman denda mi­nimum dua tahun dan tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Sementara Alex pula didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagi pengamal undang-undang, Muhammad Amin Abdullah beliau berpendapat bahawa ke­salahan yang dilakukan si pelaku adalah serius kerana ia melibatkan kepentingan awam yang mahukan kehidupan yang harmoni di dalam negara yang berbilang bangsa dan agama.

“Peruntukan hukuman penjara sekurang-kurangnya dua tahun dan halangan di bawah Seksyen 298A(2) bagi tertuduh untuk diberikan Bon Berkelakuan baik di bawah Seksyen 173A dan Sek­syen 294 Kanun Tatacara Jenayah menunjukkan bahawa ke­salahan ini adalah serius dan tidak boleh dipandang remeh,” katanya.

Sementara bagi kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, meskipun terdapat peruntukan hukuman denda, mahkamah tidak terhalang untuk menjatuhkan hukuman pemenjaraan kepada tertuduh.

Ujar beliau, sama ada berat atau tidak hukuman yang akan diberikan bergantung kepada kebijaksanaan mahkamah dalam menilai fakta kes dan latar belakang tertuduh sekiranya didapati bersalah.

Bagi pendapat penulis, apa pun agama yang dianuti sama ada Islam, Hindu, Buddha, atau Kristian, kita tidak berhak menjadikannya sebagai bahan jenaka dan mencetuskan provokasi. -KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.035533 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list