CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 494|Reply: 1

[Dunia] Hartawan Perancis dalangi eksploitasi seks kanak-kanak

[Copy link]
Post time 18-7-2022 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Hartawan Perancis dalangi eksploitasi seks kanak-kanak

https://www.utusan.com.my/luar-n ... i-seks-kanak-kanak/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
18 Julai 2022, 9:00 am

SEORANG daripada mangsa serangan seksual Bouthier tampil dalam sidang akhbar. - AFP

TANGIERS: Pihak berkuasa Maghribi memberkas suspek ketujuh yang didakwa terlibat dalam kes pemerdagangan dan penderaan seksual yang dihadapi taikun insurans Perancis, Jacques Bouthier.

Selain itu, seorang lagi wanita tampil sebagai individu ketujuh yang memfailkan kes terhadap Bouthier.


JACQUES BOUTHIER
Bouthier, 75, merupakan seorang daripada lelaki terkaya di Perancis, ditahan di Paris kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan dan rogol kanak-kanak.

Lelaki itu dan sejumlah pekerjanya juga disiasat oleh pihak berkuasa Maghribi berhubung dakwaan melakukan pemerdagangan manusia, gangguan seksual dan keganasan moral serta lisan.

“Secara keseluruhan, sebanyak tujuh kes dibuka terhadap Bouthier dan mereka yang didakwa bersubahat dengannya di Maghribi.

“Kebanyakan mangsa lelaki itu sudah tidak mahu berdiam diri lagi dan lebih ramai akan tampil membuat pendedahan,” kata peguam, Abdelfattah Zahrach dalam sidang media.

Dalam pada itu, seorang lagi peguam, Aicha Guella daripada Persatuan untuk Hak Mangsa Mahgribi berkata, suspek ketujuh yang ditahan merupakan rakyat Perancis dan kini direman sebelum dijadualkan bertemu dengan pendakwa raya.

Terdahulu, lima pekerja syarikat insurans bawah kendalian Bouthier, ditahan di Tangiers pada 6 Julai lalu, manakala suspek keenam sudah didakwa tetapi dibebaskan.

Mangsa penderaan seksual di negara ini sering berdepan stigma sosial, namun lima wanita muda tampil pada siang media dengan memakai cermin mata hitam bagi menyembunyikan identiti mereka.

Kebanyakan mangsa mendakwa mereka berulang kali mengalami gangguan seksual dan ugutan antara 2018 dan tahun ini, selain sering diugut untuk dibuang kerja.

Sebelum ini, pendakwa raya Perancis mendakwa dua lelaki pada bulan lalu, termasuk pegawai polis yang berkaitan dengan kes eksploitasi seks yang dihadapi Bouthier.

Sementara itu, Bouthier juga berdepan pertuduhan merancang penculikan dan memiliki sejumlah bahan pornografi kanak-kanak. – AFP


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 03:03 PM | Show all posts
pedo nih mesti ada rangkaian dan kabel besar punya, termasuk dlm law enforcement dan sistem kehakiman Perancis. serial killer negara jiran dia org Belgium, Marc Dutroux yg pada mulanya disyaki rogol dan bunuh budak2, rupa2nya ada kaitan dgn geng pedofil yg seludup kanak2 dan penghasilan kiddie porn. sepanjang siasatan dan perbicaraan, berpuluh2 org saksi mati secara misteri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040360 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list