|
BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang wanita di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat didakwa membunuh ibunya menggunakan tukul besi kerana percaya mangsa telah dirasuk syaitan, lapor akhbar New York Post.
Suspek, Charlene Novoa, 26, ditahan pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam, kata polis.
Dia kini melakukan pembunuhan dalam apa yang disifatkan Jabatan Polis New York (NYPD) sebagai kematian yang mencurigakan.
Foto: New York Post
Mangsa, Silma Garcia, 66, ditemui di bawah katilnya di sebuah bangunan pangsapuri di Bronx kelmarin, kata polis.
Polis yang bergegas ke rumah mangsa menemui sebuah unit apartmen dalam keadaan kotor dan bersepah dengan sampah, kata sumber.
Apabila detektif menyoal siasat Novoa, mereka melihat kesan calar pada tangan dan mukanya dengan suspek mendakwa dia melakukannya sendiri, kata sumber tersebut.
Suspek memberitahu polis bahawa dia memukul ibunya menggunakan suatu alat yang berat.
Anak lelaki mangsa, Marcos yang juga tinggal di apartmen itu berkata, Novoa memberitahunya bahawa dia memukul ibu mereka menggunakan tukul kerana mangsa dirasuk syaitan.
Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kesan pukulan pada bahagian kepala dan badan.
Perbicaraan Novoa di Mahkamah Jenayah Bronx akan dilanjutkan pada Sabtu akan datang. – CARI
Sumber: Kosmo |
|