View: 617|Reply: 0
|
[Tempatan]
Kenyataan berkaitan Makcik Goreng Pisang diputar belit -PM
[Copy link]
|
|
Kenyataan berkaitan Makcik Goreng Pisang diputar belit -PM
https://www.utusan.com.my/berita ... g-diputar-belit-pm/
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
18 Julai 2022, 6:03 pm
ISMAIL SABRI YAAKOB
PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kenyataannya berkenaan minyak peket yang digunakan Makcik Goreng Pisang cuba diputarbelit oleh sesetengah pihak.
Perdana Menteri kemudian tampil menjelaskan, beliau sebenarnya memaklumkan minyak peket yang bersubsidi tersebut adalah untuk kegunaan domestik bukan untuk komersial.
“Namun, apabila peniaga kecil menggunakan minyak berpeket, adakah kita akan saman mereka? Sudah pasti kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan saman terhadap peniaga kecil yang menggunakan minyak peket,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
Justeru, Ismail Sabri berkata, perkata itu bukan sesuatu yang mudah tetapi ada perkara-perkara yang perlu pertimbangkan.
“Tetapi, kerajaan tidak berdiam diri. Insya Allah kita akan lakukan yang terbaik dalam menangani perkara ini,” katanya.
Terdahulu, Ismail Sabri dalam sidang Dewan Rakyat mengakui subsidi bersasar masih belum boleh dilaksanakan, tetapi, mekanisme sesuai sedang dirangka supaya tidak ada mana-mana pihak yang tercicir.
Ini kerana, katanya masih terdapat beberapa faktor yang menyebabkan subsidi bersasar tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan, termasuk pemberian subsidi terhadap minyak masak berpeket.
“Yang susah nak kawal, minyak masak peket untuk kegunaan rumah tetapi pengusaha-pengusaha…restoran besar menggunakannya dan satu lagi agak sukar nak kawal, tak sampai hati nak ambil tindakan terhadap makcik-makcik yang jual pisang goreng.
“Mereka tak boleh gunakan minyak masak untuk kegunaan jual pisang goreng itu salah, sebab minyak masak peket tidak boleh untuk komersial, tapi adakah penguat kuasa nak saman makcik atau rampas minyak masak mereka? Nanti dituduh kita zalim pula kepada rakyat yang miskin ini yang nak menjual…kais pagi makan pagi.
“Jadi, bukan sesuatu yang mudah, ada perkara yang perlu dipertimbangkan, tetapi percayalah kerajaan tidak berdiam diri dan Perdana Menteri tidak boleh dikatakan tidak melakukan apa-apa tindakan, insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik untuk kepentingan negara,” katanya.
Ismail Sabri berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan untuk menangani kenaikan kos sara hidup rakyat. –UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
| |
|