CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 627|Reply: 10

[Tempatan] Jangan paksa saya dedah dalang sebenar di sebalik pelaksanaan ladang Musang King, kata MB Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor

[Copy link]
Post time 18-7-2022 06:42 PM | Show all posts |Read mode
‘Jangan paksa saya dedah’ – Sanusi

https://www.utusan.com.my/nasion ... -saya-dedah-sanusi/

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
18 Julai 2022, 5:56 pm


MUHAMMAD SANUSI MD. NOR

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya tidak memaksanya untuk mendedahkan siapa sebenarnya dalang di sebalik pelaksanaan ladang Musang King di Gunung Inas, Baling.

Menurutnya, beliau memiliki maklumat dan tahu siapa individu yang telah menandatangani surat bagi meluluskan tanaman durian berkualiti tinggi itu.

“Saya tahu siapa yang tandatangan surat untuk luluskan Musang King. Semua perkara itu termasuk surat berkaitan ada pada saya.

“Jadi jangan paksa saya dedahkan semua ini. Saya pun dah janji tak mahu main ‘blame game‘, jadi saya akan bersikap adil kepada semua orang,” katanya dalam sidang akhbar selepas berakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang cuba membuat usul supaya sidang DUN hari ini membahaskan mengenai tragedi kepala air dan banjir yang berlaku di Kupang pada 4 Julai lalu.

Muhammad Sanusi berkata, ketika ini beliau memiliki dua dokumen yang diserahkan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) iaitu laporan kejadian tersebut serta kronologi situasi yang berlaku di Gunung Inas sejak 2007.

Begitupun katanya, beliau tidak berhasrat untuk mendedahkan kedua-dua dokumen tersebut dalam masa terdekat kerana masih mahu menunggu laporan jabatan teknikal lain seperti Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) agar rangkuman mengenai kejadian itu dapat dibuat.

“Ada macam-macam sebenarnya dalam laporan ini dan kalau mereka (pembangkang) lebih-lebih tadi, mereka kenalah. Semua ada dalam ini dan jika ada ada antara mereka yang tak mahu mengaku, tuduh orang itu dan ini atau mahu salahkan kerajaan negeri dari 2008 hingga 2013, saya mahu katakan sebahagian mereka ada dalam kerajaan sewaktu Musang King diluluskan.

“Takkanlah mereka lupa walaupun sudah bertukar parti. Pada masa itu mereka ada dalam kerajaan malah ada yang bergelar Exco kanan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kesimpulan yang diterima daripada laporan serta kronologi diserahkan JPNK kepadanya itu menunjukkan bahawa kawasan ladang hutan yang telah digondolkan, tidak ditanam semula dengan tanaman lain.

“Sebabnya mungkin kerana mereka berniat untuk menanam tanaman lain iaitu Musang King, selain pokok getah klon balak (TLC) yang ditetapkan dalam kelulusan ladang hutan. Jadi penyelesaian kepada Gunung Inas ini adalah tanam kembali pokok-pokok di situ.

“Cumanya dalam perbincangan saya bersama JPNK semalam, kalau kita tanam TLC, kita perlu menuai TLC tersebut dan gunung itu akan gondol semula. Jadi timbul persoalan sama ada penggondolan itu akan menyebabkan banjir kembali di kawasan terbabit,” katanya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagitahu jelah..baru ada tulur
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape? Cer citer bang Sanusi
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhhhhh...siapa kah.....ni mcm gaduh budak2...gaduh sikit pecahkan rahsia
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ugut siapa sebenarnya? bukan bila dah tahu dia patut dedahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau benda tak betul..ko nk 'simpan' jer???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn aku org Kampung situ. Depa dh lama tau sapa punya angkara. Depa pun dari awai lg mmg dok bantah projek dusun degheyan tu. Tapi tu la. Sapa ye MB masa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya takut terkait vvvvvvvvvip kpt,  tu yg xnk dedah....

Mcm pelik plak kalau yg terkait tu musuh politik tp xnk dedah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 07:25 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 18-7-2022 07:42 PM

Main blame game apoo?dah ldg musang king tu mmg projek Pas..Mukhriz dah lama suruh stop pembalakan dgn ladang musang king kat kedah masa dia jadi MB dulu..tapi walaun dok tuduh dia mcm2..skrg dah cash padan la ngn muka hangpa..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Lalalahhh Malaysiakini dah lama cover isu Boboy ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedah kan jer la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.045632 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list