CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Tempatan] Dua 'tukang masak' air ketum dicekup

[Copy link]
Post time 18-7-2022 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Dua 'tukang masak' air ketum dicekup


MOHAMAD Fakhrudin (dua kiri) menunjukan rampasan aktiviti pemprosesan dan penjualan air ketum di sebuah flat di Kelana Jaya di IPD Petaling Jaya. FOTO Amirudin Sahib


Petaling Jaya: Kegiatan dua lelaki memproses dan menjual air ketum terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan di sebuah flat di Kelana Jaya, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dan menemui satu bekas plastik mengandungi cecair disyaki air ketum dianggarkan seberat 1,500 miligram bernilai RM20 di flat sama pada 4.45 pagi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 47 tahun di sebuah rumah di flat terbabit dan menemui satu bekas plastik disyaki air ketum dianggarkan seberat 1,500 miligram.

"Polis menyerbu sebuah lagi rumah di flat terbabit pada 5.45 pagi Jumaat lalu dan pemeriksaan lanjut menemui 100 bungkusan plastik mengandungi daun ketum dengan setiap satu seberat 1,000 gram, empat bungkusan plastik berisi daun ketum dengan setiap bungkusan 1,000 gram serta dua alat penimbang.

"Di bahagian dapur pula, kami menemui empat tong ais mengandungi 380 peket plastik berisi air ketum dengan setiap bungkusan seberat 1,000 milimeter.

"Selain itu, kami menemui tiga periuk, tiga dapur masak, tiga besen, dua senduk, satu sarung tangan, satu apron, dua bekas air, satu kayu pengacau, dua penapis dan tiga tong gas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan itu dianggarkan RM10,140 dan barang larangan itu boleh dibekalkan kepada 2,000 pengguna.

"Sindiket ini dipercayai aktif sejak empat bulan lalu dengan menjual air ketum pada harga RM10 sebungkus. Dua individu ditahan itu dipercayai tukang masak yang memproses daun ketum berkenaan.

"Semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan ujian air kencing dilakukan mendapati mereka negatif dadah," katanya.

Katanya, kedua-dua suspek direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-air-ketum-dicekup

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.117551 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list