View: 1116|Reply: 10
|
[Tempatan]
'Tak ingat bagaimana boleh tersesat dan terkandas dalam gua itu'
[Copy link]
|
|
'Tak ingat bagaimana boleh tersesat dan terkandas dalam gua itu'
MOHD Zulhelmi dibawa turun oleh pasukan SAR. FOTO Aizat Sharif
Kangar: "Saya berusaha untuk kembali semula ke di kebun berkenaan agar saya dapat ditemui tetapi apabila sudah tiga hingga empat kali usaha mencari jalan keluar menemui laluan yang sama menyebabkan saya hilang arah dan hanya menyerahkan nasib saya kepada Allah."
Itu luahan Mohd Zulhelmi Abdul Halim, 28, selepas hilang ketika menebas semak di dusun di Sungai Batu Pahat, di sini, 8 Julai lalu, sebelum ditemukan selamat, Khamis lalu.
Dia yang bekerja mengambil upah membersihkan kebun milik kawannya di kawasan itu berkata, ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta orang kampung, dia beberapa kali mendengar jeritan dan teriakan anggota pasukan penyelamat yang memanggil namanya.
"Saya cuba untuk membalas panggilan mereka namun saya berasa hairan apabila jeritan saya itu tidak didengari oleh anggota SAR itu walhal saya sudah sedaya upaya saya memberi isyarat menerusi jeritan saya itu. Namun, tetap juga tidak didengari oleh mereka.
"Apabila saya diselamatkan barulah pihak SAR ada bertanyakan saya bahawa mereka sudah berkali-kali melakukan penjelajahan dalam mencari saya di kawasan itu namun mereka langsung tidak mendengar jeritan balas saya," katanya ketila ditemui di kediamannya di Behor Lateh, di sini, hari ini.
Dia berkata, dia terpaksa berlindung dalam gua di kawasan Wang Leret di bukit berkenaan kerana cuaca buruk melanda kawasan itu.
"Sehari selepas saya hilang (9 Julai), saya terpaksa berlindung dalam gua kerana saya dapati banyak haiwan liar berada di kawasan itu selain hujan yang berlaku ketika itu.
"Demi 'survival hidup' saya hanya meminum air yang mengalir di sekitar gua tempat saya berlindung itu malah bekalan makanan, lampu suluh serta telefon bimbit yang saya bawa semasa kerja menebas rumput dan lalang di kebun itu pun saya sudah tidak ingat dimana saya letakkan.
"Walaupun begitu, saya tetap berusaha untuk keluar dari gua itu dengan berjalan sejauh sekitar 50 meter bagi mendapatkan pertolongan namun saya terpaksa berpatah balik kerana tercedera di kaki akibat terseliuh selepas terjatuh," katanya.
Zulhelmi berkata, di saat itu dia mulai berserah kepada Allah SWT agar dia dapat ditemui dan berjumpa semula dengan ahli keluarganya.
"Sejujurnya, saya tidak ingat bagaimana saya boleh tersesat dan terkandas dalam gua itu dan seingat saya adalah saya hanya menebas lalang dan rumput di kebun sebelum terjatuh dan berada berhampiran gua itu.
"Sepanjang kehilangan saya itulah, saya sering cuba mencari jalan keluar dari kawasan itu namun tetap juga gagal," katanya.
Dia bagaimanapun bersyukur apabila pencarian yang dilakukan oleh pasukan SAR dengan bantuan orang kampung di kawasan itu membuahkan hasil sehingga dia berjaya dibawa keluar dari kawasan itu.
"Selepas saya dibawa turun oleh pasukan SAR pada petang, saya terus dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan lanjut sebelum dibenarkan pulang semula ke rumah pada malamnya.
"Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pasukan SAR dan orang ramai yang bertungkus lumus dalam membawa saya keluar semula dari kawasan itu dengan selamat," katanya.
Dia menjelaskan bahawa kebun berkenaan sudah dibersihkannya secara berperingkat dalam tempoh selepas Aidilfitri hingga Aidiladha lalu dan kawasan itu sememangnya dikenalinya.
Ditanya sama ada dia masih mahu meneruskan pekerjaan mengambil upah membersihkan kebun, anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia tidak mahu lagi melakukan kerja berkenaan buat masa ini kerana ingin berehat tetapi tidak menolak kemungkinan akan menerima pekerjaan berkenaan dimasa hadapan sekiranya dia berasa sudah bersedia.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... andas-dalam-gua-itu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan-Nya jua.
Kenapa tak de diceritakan, bagaimana boleh jumpa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Skeriiii noksss
Alhmdlh akhirnya dijumpai |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia ni.....
Nk buat keja kg....tak de le nk bersesak dok kl...pastu tension sbb hidup tak seperti yg diharapkan, mula le jaga parking & amik dadah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sian dia
Elok2 buat keje, dah jd gini
Rasanya bkn senang nak cari warga tempatan utk keje2 camni skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa sar tak dengar suara dia? Sbb tak cukup kuat ke?
Apapun syukurla akhirnya dapat ditemui dengan selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dah jumpa balik |
|
|
|
|
|
|
|
Org baik ni..tu yg jadi cmni.kene main sembunyi-sembunyi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade jua die ingat nak bercerite.. Ade tu mmg tak ingat langsong ape jd... |
|
|
|
|
|
|
| |
|