View: 1344|Reply: 15
|
[Tempatan]
Kota Bharu Sentral dijangka siap hujung 2025
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 18-7-2022 07:56 PM
Terminal Bas Kota Bharu di Lembah Sireh sudah digunakan sejak lebih 10 tahun lalu bakal dipindahkan ke KB Sentral yang dijangka siap pada 2025.
KOTA BHARU – Pembinaan Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) yang bakal memberi keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam terutamanya bas ekspres di Kelantan dijangka siap menjelang penghujung tahun 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor berkata, projek terbabit dijalankan bagi menggantikan Terminal Bas Kota Bharu, Lembah Sireh di sini yang pada asalnya merupakan stesen bas sementara.
Menurutnya, sebelum ini, kerajaan negeri telah mengeluarkan dokumen permintaan cadangan atau Request For Proposal (RFP) bagi projek pembangunan KB Sentral pada hujung tahun 2020.
“Proses RFP itu tergendala ekoran negara dilanda pandemik Covid-19 dalam tempoh dua tahun. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memilih satu pembangunan KB Sentral di atas tanah seluas 0.4 hektar yang merangkumi terminal bas, bangunan komersial dan pangsapuri pada 1 Jun lalu.
“Terminal bas yang baharu dijangka siap pada hujung 2025 manakala keseluruhan pembangunan lain di kawasan itu akan siap secara berperingkat dalam tempoh sembilan tahun,” katanya ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Dalam perkembangan berasingan, Azami ketika diminta untuk mengulas mengenai masalah air Kelantan berkata, kerajaan negeri sedang meneliti perancangan kaedah Takungan Air Pinggiran Air Sungai (TAPS) dan Takungan Empangan bagi menangani masalah itu.
Menurutnya, cadangan pembinaan TAPS dengan kapasiti 500 juta liter sehari telah dirancang di Labok, Machang dan ia telah dibawa kepada kerajaan persekutuan untuk kelulusan pelaksanaan menerusi Rancangan Boleh Pinda 3 dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
“Ketika ini, sumber air mentah untuk perkhidmatan bekalan air awam di Kelantan adalah melalui pengekstrakan air sungai dianggarkan sebanyak 47 peratus, tapisan air sungai (29 peratus) dan air tanah (24 peratus).
“Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. juga merancang menaik taraf dan membina Loji Rawatan Air baharu selain melaksanakan program penukaran paip uzur untuk mengurangkan kadar air tidak terhasil,” katanya. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ganti kandang lembu yg forummers ckp tu.. ok ok paham |
|
|
|
|
|
|
|
tldr; janji munafik terbaru lobai |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 18-7-2022 08:50 PM
Tanda2 pru dah dekat la tu.as usual lobai dah start tabur janji projek mcm2 ..jangan ujung2 nanti model bangunan je yg siap mcm ni..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ditangguh2 lagi pembinaan stesen bas baru. Perhentian bas sementara ni memang sesak pada waktu puncak. |
|
|
|
|
|
|
|
penduduk kelantan tak ramai guna air negeri ni
yg di hulu guna air bukit
yg lain2 guna air boring |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk Kelantan guna jalan raya setahun sekali je. So tak perlu baik pulih lebarkan jalan. Kena sabar dan bertabah katanya Hahaha. Sakit hati titewwwww nengoknya |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian aku tgk kelate ni..suasana mcm 70an |
|
|
|
|
|
|
|
mana terminal bas yang dia org buat tu??
bagi gambor laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la ramai sek sek kito kelik kapung naik plane..termasuk kawan iols...
Dari zaman study lg...
Hahaa...
Takpe..kita doa banyak2 moga ada keajaiban |
|
|
|
|
|
|
|
itu ke teminal bas nye skrg? ermm baik laa naik ketapi |
|
|
|
|
|
|
|
pecah tanah pun blm. gambar model stesen baru pun x de.
|
|
|
|
|
|
|
|
dasatttt nak yg terpaling saje bab agama. spital patuh syariah la apa sume. ujung2 model jah dibaginya after 3yrs |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik iols dgn ahli agama yg jenis tak bergaya, kusam bau kepam, mundur teknologi |
|
|
|
|
|
|
|
naik taraf je lah stesen bas sementara tu. tanah pun luas lagi kt situ. dkt dgn aeon n lotus. buat perancangan over sokmo, hasil ke laut dalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|