CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 0

[Dunia] Nyawa ‘jadi murah’ di AS, hampir setiap hari kes tembakan

[Copy link]
Post time 19-7-2022 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Nyawa ‘jadi murah’ di AS, hampir setiap hari kes tembakan

https://www.utusan.com.my/luar-n ... -hari-kes-tembakan/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
19 Julai 2022, 8:30 am


ANGGOTA polis mengawal keselamatan selepas insiden tembakan di Pusat Beli-Belah Greenwood, Indiana.-WRTV

WASHINGTON: Seramai tiga pelanggan di sebuah medan selera di Pusat Beli-Belah Greenwood, Indiana terbunuh, manakala dua individu lain mengalami kecederaan dalam insiden tembakan.

Ketua Polis Greenwood, Jim Ison berkata, serangan dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang bertindak bersendirian dengan membawa selaras senapang dan beberapa butir peluru.

Jelasnya, pihak polis juga memberitahu penyerang itu maut selepas ditembak oleh orang awam yang mempunyai senjata dan melihat insiden berkenaan.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan butiran nama mangsa, lelaki bersenjata mahupun orang awam yang terbabit.

Ketika kejadian, pengunjung serta pekerja pusat beli-belah lari bertempiaran dan bersembunyi selepas mendengar bunyi tembakan.

Polis di Greenwood turut memuat naik perkongsian dalam Facebook bagi meminta saksi kejadian tembakan yang mempunyai maklumat menghubungi pihak berkuasa dan tampil kedepan.

Serangan tembakan terkini itu mencetuskan lagi gelombang keganasan senjata api yang melanda Amerika Syarikat (AS).

Menurut Arkib Keganasan Senjata, hampir 40,000 kematian berlaku dalam setahun disebabkan serangan senjata api.

Insiden itu berlaku hanya beberapa minggu selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan semasa acara perarakan 4 Julai lalu, di pinggir bandar Chicago sehingga tujuh pengunjung terbunuh.

Mei lalu, seramai 10 individu kulit hitam ditembak mati di Pasar Raya di New York, manakala 19 kanak-kanak dan dua guru terbunuh di sebuah sekolah rendah di Texas.

Lonjakan kes keganasan senjata api menghidupkan semula perdebatan mengenai peraturan pemilikan senjata api.

Minggu ini, sebuah Jawatankuasa Dewan Perwakilan AS akan mengundi buat kali pertama dalam tempoh hampir 20 tahun mengenai rang undang-undang yang akan mengharamkan pemilikan senjata api.-AFP

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039625 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list