CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 0

[Tempatan] Cantik mata biru Rafizal

[Copy link]
Post time 19-7-2022 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Cantik mata biru Rafizal

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... k-mata-biru-rafizal

Disiarkan pada: Julai 19, 2022 @ 7:30am

BERNAMA


RAFIZAL mencuri tumpuan apabila memiliki sepasang mata berwarna biru yang dikurniakan sejak lahir ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu 19. FOTO BERNAMA

Tapah: Kanak-kanak Orang Asli, Rafizal Baharom, 11, mencuri tumpuan apabila memiliki sepasang mata biru yang dikurniakan sejak lahir.

Anak bongsu daripada dua beradik suku kaum Semai itu yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu, sering mendapat perhatian warga sekolah yang terpesona dengan keunikan matanya dan selalu diajak bergambar.

Ibunya, Roshayati Bahmiri, 36, berkata, dia, abang dan anak sulungnya Rafizi, 14, juga memiliki mata biru namun hanya sebelah dan menolak tanggapan orang ramai bahawa anugerah itu diperoleh hasil perkahwinan campur atau mempunyai keturunan bermata biru.

"Ramai bertanya adakah saya berkahwin dengan 'mat salih' dan pelik dengan kurniaan mata seperti ini. Saya hanya menjawab dengan tenang bahawa ini anugerah daripada Allah untuk kami sekeluarga," kata pekerja pembersihan di sebuah sekolah itu ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Batu 19, 100 kilometer (km) dari Ipoh.

Katanya, Rafizal mula belajar bahasa isyarat ketika berusia sembilan tahun dan kini menetap di asrama Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Chemor di Ipoh.

Menurutnya, walaupun berjauhan, usaha ini penting demi membaiki kekurangan Rafizal dari segi pertuturan dan pendengaran sekali gus menguasai bahasa isyarat agar mudah berkomunikasi.


RAFIZAL bersama ibunya Roshayati yang memiliki mata biru. FOTO BERNAMA

Seperti kanak-kanak lain, Rafizal anak yang aktif bermain dan melakukan hobi pada masa lapang dengan memancing di kawasan rumah bersama ayahnya, Baharom Bangal, 35, yang bertugas sebagai pembantu awam di pejabat Tanah dan Galian, Tanah Rata.

Menurut ibunya, Rafizal mendapat Bantuan Kanak-Kanak (BKK) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan bagi meringankan beban perbelanjaan sekolah.

Dalam pada itu, guru kelasnya A Tain Moli berkata, Rafizal pelajar cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah bidang sukan dan baru-baru ini menyertai acara lontar peluru untuk Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD).

"Walaupun dia mempunyai kekurangan bercakap dan mendengar, Rafizal mahir menggunakan bahasa isyarat dipelajarinya. Kami kagum dengan kesungguhannya," katanya.

Kisah mata biru Rafizal sebelum ini mendapat tumpuan menerusi hantaran Facebook milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang rata-rata netizen memuji keistimewaan dan kelebihan dimiliki kanak-kanak itu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.041057 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list