View: 374|Reply: 0
|
[Tempatan]
Khidmat van sekolah persendirian berisiko
[Copy link]
|
|
Khidmat van sekolah persendirian berisiko
Antara van persendirian yang dijadikan bas sekolah secara haram. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Isu pengangkutan murid ke sekolah memang hal besar yang perlu ditangani ibu bapa setiap kali sesi persekolahan dimulakan. Bagi ibu bapa yang mempunyai pilihan untuk menghantar sendiri anak ke sekolah, ia tentusaja tidakmenjadi masalah namun bagi suami isteri bekerja, keperluan pengangkutan memang agak memeningkan.
Apatah lagi jika berhadapan dengan isu seperti jadual persekolahan yang tidak sama antara adik beradik, waktu keluar dari rumah terlalu awal atau masa pulang lewat, malah ada kes anak tidak mahu naik vansekolah kerana kepadatan murid.
Justeru, walaupun terdapat sebahagian ibu bapa memilih menggunakan perkhidmatan bas atau van sekolah berdaftar tetapi ada juga sebahagian yang lain lebih selesa memilih khidmat persendirian.
Umumnya, perkhidmatan persendirian begitu menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan membawa bilangan murid yang kecil. Selalunya juga ia dikendalikan oleh suri rumah atau pesara dengan bayaran bulanan yang dikenakan juga agak murah.
Anak keluar awal
Bagi seorang bapa yang pernah mendapatkan perkhidmatan pengangkutan persendirian untuk anaknya, Ashraf Atan, 33, berkata beliau tidak mempunyai pilihan lain memandangkan van sekolah di kawasan kediamannya mengambil murid terlalu awal.
Katanya, jika dahulu anaknya di pra sekolah perlu menunggu van sekolah seawal jam 6.15 pagi setiap hari sedangkan mula bersekolah jam 8 pagi.
Pengusaha bas berdaftar sekurang-kurangnya dilindungi insurans jika berlakunya kemalangan. - Foto hiasan
"Untuk murid pra sekolah (ketika itu) sayaberasakasihan kerana terlalu awal untuknya yang masih berusia enam tahun menunggu bas pada jam 6 pagi.
"Jadi, saya memilih untuk menghantarnya sendiripada sebelah pagi, manakala ketika pulang dari sekolah menggunakan perkhidmatan persendirian untuk ke taska," katanya.
Beliau berkata ketika anaknya menjejak kaki ke Tahun Satu, dia masih menggunakan perkhidmatan persendirian untuk menghantar anaknya walaupun ada juga rasa bimbang jika berlaku perkara tidak diingini.
"Sebagai bapa tentu saja saya bimbang, namun kami suami isteri tidak mempunyai pilihan lain disebabkan perkhidmatan van sekolah di kawasan perumahan agak terhad. Disebabkan terhad, van sedia ada padat dengan penumpang, sebab itu anak-anak perlu ke sekolah terlalu awal.
"Contohnya, sekolah sesi petang yang bermula jam 1 tengah hari, seawal jam 11.30 pagi anak sudah kena perlu menunggu di bawah flat kediaman kami.
"Jika lambat, pastinya tertinggal. Namun, saya pun faham tentu saja tidak boleh mempersalahkan pemandu van sekolah kerana demografi kawasan perumahan ke sekolah juga mengambil masa ditambah lagi dengan kesesakan.
"Adalah lebih baik jika dapat bergerak awal bagi memastikan murid sampai ke sekolah sebelum waktunya," katanya.
Tambah Ashraf, selepas melihat banyak perkara yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan membabitkan murid sekolah, timbul kesedaran untuknya menggunakan perkhidmatan van sekolah berdaftar untuk anak.
"Saya sedar tidak boleh salahkan van sekolah jika terpaksa menunggu kesemua murid pulang ke sekolah kerana waktu sesi persekolahan ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak selaras.
"Jadi pengusaha juga perlu menanggung kos pengangkutan mereka selain masa mengikut waktu pulang sesi persekolahan," katanya yang mengambil kira keselamatan anak lebih penting jika berlaku apa-apa perkara.
Pengusaha bas berdaftar sekurang-kurangnya dilindungi insurans jika berlakunya kemalangan. - Foto hiasan
Dilindungi insurans
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia, Mohd Rofik Mohd Yusof, berkata kesedaran ibu bapa yang mendapatkan perkhidmatan persendirian atau tidak berdaftar itu mengundang risiko kepada anak. Katanya, ibu bapa perlu sedar pengusaha bas berdaftar sekurang-kurangnya dilindungi insurans jika berlakunya kemalangan.
"Tiada siapa yang mahu terbabit dengan kemalangan terutama ibu bapa yang memberi tanggungjawab kepada pengusaha bas atau van sekolah menghantar anak mereka ke sekolah.
"Namun ibu bapa segelintirnya lebih mementingkan anak untuk sampai ke rumah tepat pada masanya jadi mereka selesa guna perkhidmatan persendirian. Tindakan ini seolah-olah menggadai nyawa anak sendiri," katanya.
Beliau berkata, setiap pengusaha van sekolah berdaftar dilindungi insurans namun ramai yang tidak tahu mengenai perkara itu.
Mohd Rofik berkata, setiap van yang mempunyai permit juga sudah menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan dalam keadaan selamat.
"Tiada istilah tambang van sekolah mahal memandangkan kami juga memahami ibu bapa yang mempunyai anak ramai menggunakan perkhidmatan van sekolah.
"Tambang sekolah rata-rata adalah standard. Selain itu, pengusaha juga perlu menimbang kos seperti minyak," katanya.
Mohd Rofik berkata isu mengenai anak akan sampai lewat sebaik tamat sesi persekolahan, beliau berpendapat hal itu di luar kawalan kerana ia tertakluk pada jadual waktupembelajaranmurid.
"Mungkin apa yang boleh dibuat selaraskan waktu pulang untuk semua murid. Dalam keadaan semasa, memang ada murid sampai lewat ke rumah atau taska kerana walaupun sudah tamat sesi pembelajaran, mereka perlu tunggu murid lain. Pengusaha bas umumnya, perlu tunggu semua ada barulah boleh balik.
"Misalnya ada kumpulan murid balik jam 1.05 petang tetapi dalam masa sama juga murid kelas lain pulang pada 2 petang. Pengusaha tidak mempunyai pilihan menunggu sehingga semua tamat pembelajaran.
"Ini adalah satu daripada sebab juga ibu bapa tiada pilihan lain memilih pemandu persendirian untuk mengambil dan menghantar anak mereka ke sekolah," katanya.
Beliau turut menasihatkan bagi pemilik persendirian untuk tidak mengambil risiko dengan terus menawarkan perkhidmatan tidak berdaftar.
"Tidak susah untuk mendapatkan permit perkhidmatan bas yang berdaftar. Ambil tahu bagaimana caranya, daftarlah dan lakukan dengan betul. Bagi ibu bapa kita perlu sentiasa beringat keselamatan anak tidak boleh dikompromi," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... rsendirian-berisiko
|
|
|
|
|
|
|
| |
|