View: 737|Reply: 0
|
Damok terus cemerlang, naik podium kali ketiga
[Copy link]
|
|
DAMOK (kiri) menduduki tempat kedua perlumbaan Pusingan 5 Kejuaraan JuniorGP Dunia di Litar Algarve, Portugal, Ahad lalu. FOTO ihsan ZK Racing
Kuala Lumpur: Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman diharap dapat terus memperbaiki prestasinya meskipun baharu meraih podium kedua di Pusingan 5 Kejuaraan JuniorGP Dunia di Litar Algarve, Portugal, Ahad lalu.
Pengurus pasukan SIC Racing Team, Zulfahmi Khairuddin berkata, kejayaan Syarifuddin atau lebih mesra disapa Damok itu cukup manis kerana ia adalah podium ketiganya pada musim ini.
"Secara keseluruhannya, saya sangat gembira dengan prestasi Damok pada minggu lalu kerana mendapat podium ketiga musim ini dan meletakkan dirinya di kedudukan kedua dalam kedudukan kejuaraan.
"Ini adalah sesuatu yang bagus buat kami. Diharap, ketika tempoh rehat ini, dia dapat melihat secara mendalam apakah boleh dipertingkatkan lagi untuk ke depan lagi," katanya.
Damok mempamer tunggangan meyakinkan Ahad lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 29 minit 07.323 saat (s) dan dipisahkan 6.551s di belakang pemenang, Jose Rueda (29:00.772s) manakala Adrian Cruces melengkapkan pentas podium di tempat ketiga, 29:07.437s.
Penamat tempat kedua diraihnya itu adalah yang ketiga selepas turut meraih kedudukan sama pada dua perlumbaan di Litar Catalunya, bulan lalu.
Damok kini mengumpul 97 mata untuk berada di tangga kedua keseluruhan ketika berbaki tiga lagi pusingan di Litar Misano, Aragon dan Ricardo Tormo.
Dua lagi pelumba negara di bawah seliaan Zulfahmi, Danial Syahmi Ahmad Shahril yang turut beraksi dalam kelas sama menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 dan kini berada di tangga ke-19 keseluruhan.
Manakala Hakim Danish Ramli yang beraksi dalam saingan European Talent Cup (ETC) tidak menamatkan perlumbaan selepas jentera mengalami masalah mekanikal dan kini berada di tangga kelima keseluruhan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -podium-kali-ketiga |
|
|
|
|
|
|
| |
|