CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 18

[Tempatan] ‘Saya luluskan ladang Musang King untuk lindungi Gunung Inas’- Bekas MB

[Copy link]
Post time 19-7-2022 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 19-7-2022 03:40 PM

‘Saya luluskan ladang Musang King untuk lindungi Gunung Inas’- Bekas MB
Diterbitkan:  Jul 19, 2022 1:31 PM



Kerajaan Kedah meluluskan penanaman durian Musang King di Gunung Inas, Baling, Kedah, bagi membolehkan kawasan itu dilindungi dan dibaik pulih setelah berlaku kegiatan pembalakan, kata Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Saya tegaskan, kerajaan memberi kelulusan itu untuk melindungi semula kawasan tersebut di samping kerajaan turut mendapat faedah dan pulangan yang difikirkan setimpal,” kata mantan menteri besar Kedah itu.

Katanya kegiatan pembalakan telah berlaku di situ dan penamakan durian diharap melindunginya supaya  idak menjadi masalah kepada kawasan sekitar.

“Kelulusan itu, tidak sama sekali untuk tujuan pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku,” katanya.


Ahmad Bashah berkata keputusan itu mengambil kira pelbagai perkara termasuk faktor ekonomi, alam semula jadi dan kepentingan penduduk.

Minggu lalu, selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir mendedahkan penanaman durian di Gunung Inas dibuat ketika pentadbiran Ahmad Bashah.

Mukhriz yang juga presiden Parti Pejuang Tanah Air berkata, kerajaan BN diterajui Ahmad Bashah menukar tanaman pokok getah klon balak kepada durian Musang King.

Mukhriz juga berkata, kawasan hutan simpan kekal Gunung Inas ditukar status kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007 dan dijenamakan sebagai Ladang Sejahtera oleh kerajaan PAS pada 2008.

Sementara itu dalam kenyataan sebentar tadi, Ahmad Bashah juga berkata  perkara itu tidak perlu dipolitikkan secara keterlaluan.

“Hentikan menyalah satu sama lain. Teruskan usaha dan ambil tindakan segera,” katanya.



Projek ladang durian Musang King di Gunung Inas dikaitkan dengan tragedi banjir dan kepala air yang mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain ratusan kediaman rosak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 04:32 PM | Show all posts
Kerajaan Kedah meluluskan penanaman durian Musang King di Gunung Inas, Baling, Kedah, bagi membolehkan kawasan itu dilindungi dan dibaik pulih setelah berlaku kegiatan pembalakan, kata Ahmad Bashah Md Hanipah.


dah abis ke spesis pokok hutan hujan tropika utk ditanam? musang king tu jugak jd pilihan. pastu cepat2 suruh move on jgn menuding jari etc, padahal ada yg mati akibat banjir tuh. kadang2 ahli politik ni ingat IQ marhaen mcm kepala hotak dia org agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:37 PM | Show all posts
Ada kematian kat situlah vavey semua sebab keputusan sial ngkomer! Dah taw bodoh jangan jadi ahli politik lah bangsat! Neh orang berpolitik, ngkaw pon nak berpolitik, heih!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 06:53 PM | Show all posts
So BN lah the culprit?

Siapa yang serang lobai Sanusi dulu tu dah taubat belum?

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan i dah kata....mukriz tak danya dia buat...kena pelekung dgn maknya nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, kamjad betoi, Ffira Mikah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2022 07:30 PM | Show all posts
ngaku senang
agak2
nk bagi saguhati kt waris 3 mangsa tu bape juta rm?

dgn penduduk2 lain? ke sonyap aja

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ex mb pun lulusan srp ke darjah 6 je..what do you expect
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah jawapannya. Semudah itu mengelak dari mengambil tanggungjawab. Jawablah di hadapan Yang Maha Esa begitu di akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-7-2022 06:53 PM
So BN lah the culprit?

Siapa yang serang lobai Sanusi dulu tu dah taubat belum?

Tulah iols dh agak abang sanusi innocent. Dia cuba jaga air muka bekas MB. Hidup abang Sanusi walaupun loqlaq
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Badut Mekdi tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 12:27 AM | Show all posts
jawapan macam celaka..

semoga tujuh keturunan dia ditimpa kecelakaan
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Wakil Rakyat Gunong tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak haram bashah pelajaran tak dak takat SRP ja ni memang pelaq laknat. IQ rendah tahap lubang kuboq neraka jahannam hangpa tau dak. Buleh dia kata toksah dok politik isu lebih? Nak suruh rakyat move on? Baaaabi nak haram betui dia ni. Esok lusa anak branak hang mampuih bawah lori hang tunggu mai tengok baru ada akai. Nak haaaaaram sungguh pelaq sekoq ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah kena pelaq
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Aktiviti pembalakan tu zaman siapa? Senang kira eh nak mengelak terus kata jangan politikkan. Weii rakyat hang derita habis musnah harta benda dan nyawa pun melayang. Boleh ko ambil endah ya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 07:05 AM | Show all posts
hahahah orang kedah dah tau sapa dia ni..rumah mengalahkan istana hasil menabung dari kecil
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:43 AM | Show all posts
Sampai ada nyawa yang tergadai.
Semudah itu jawapan yang berikan.
Moga jahanam la hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai pus x nak wat repot ka??

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.261206 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list