CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2333|Reply: 20

[Tempatan] Budak lelaki berusia empat tahun maut jatuh dari tingkat 35 kondominium

[Copy link]
Post time 19-7-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode
Budak lelaki maut jatuh dari tingkat 35 kondominium

https://www.utusan.com.my/nasion ... kat-35-kondominium/

Oleh MASZUREEN HADZMAN
19 Julai 2022, 4:38 pm


PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Pandan Perdana, Ampang dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2.20 petang polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan kondominium berkenaan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata,  siasatan mendapati, mangsa seorang wanita Indonesia dibawa ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah sambilan ke rumah tersebut.

Menurut beliau, sebelum kejadian, ibu mangsa yang  berusia 36 tahun meninggalkan anaknya yang tidur di ruang tamu sebelum turun ke bawah untuk membasuh pakaian di dobi.

“Semasa berada di bawah, ibu mangsa melihat orang ramai berkerumun di satu lokasi sebelum dia kemudian mendapati  kanak-kanak yang terjatuh itu adalah anaknya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang terjaga daripada tidur dipercayai membuka pintu sebelum memanjat kerusi di balkoni dan terjatuh.

Mayat nak bongsu daripada tiga beradik dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.- UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak heran aku dgn berita budak mati jatuh bangunan ni. Mak bapak skrg memang sejenis bebal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
OKU ka budak ni...?xtakut atau xtau perbuatan die merbahaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
28 blvd ke? Rupa apa lah bdk tu kat bawah jatuh dari tingkat 35
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan main lasak lagi budak lelaki itu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 05:05 PM | Show all posts
majikan tau ke tak bibik angkut anak masuk rumah tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2022 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyaaa..gigih kerja cr duit..anak sendiri melayang nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 05:15 PM | Show all posts
indon kannn. katanya maid. dia tgh buat kje tinggalkan anak nya sorang2 masa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 05:27 PM | Show all posts
Jatuh dari tingkat 35? Berapa tinggi kondo ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaga. Umur 4 thn ko tggalkan??? I duk rumah landed ank umur tu pon xberani nk tggal2 kejap. Mmg la budak tu terjun ke bawah, bangun2 cari mak tp xjumpa confirm panic. Ni kes cuai
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 08:32 PM | Show all posts
budak2 ada sifat curiosity ler
pstu klu kene tinggal sorg2,lagi mencanak2 keinginan nk kluar dari tempat tu

mana2 bdk normal ada sifat gini
yg penjaga kene alert 24jam

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-7-2022 05:05 PM
majikan tau ke tak bibik angkut anak masuk rumah tu..

Biasanya tahu kot, dia tk mampu nak tinggalkan kat pengasuh so bawak sekali kat tempat keje.
Biasa je nampak org minta keje kat fb mohon kalau boleh dibenarkan bawak anak sekali.
Biasanya keje2 mengemas umah org ni lah.
Ank dia ni mesti lahir masa dia dh duk malaysia so iols nak nasihatkan TKI terutama yg wanita ni dah ada ank2 kat kg kan so takyah la menambah lg anak kat sini. Susah kan mana nak jaga mana nak pi keje cari duit.
Korang laki bini keje cari duit jela jgnlah membiak bila duk kt negara asing melainkan mampu nak jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Terjatuh tak apa, tak sengaja, dimaafkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang jatuhnya budak lelaki 4 tahun, tapi tulis...

"...siasatan mendapati mangsa seorang wanita Indonesia dibawa ibunya yg bekerja sebagai...."

Apoo.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:23 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Sayu hati baca berita2 macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Beliau berkata, mangsa yang terjaga daripada tidur dipercayai membuka pintu sebelum memanjat kerusi di balkoni dan terjatuh.

apa pi letak kerusi kat balkoni. dah la xde grill.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 11:12 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 19-7-2022 09:39 PM
Yang jatuhnya budak lelaki 4 tahun, tapi tulis...

"...siasatan mendapati mangsa seorang wanita Indo ...

yup

twisted brain
ke foggy sbb vaksin
gitu... nk jgk relate dgn vaksin mcm some of forummer


anyway...tgi btl tuuu
mau berkecai


Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:35 AM | Show all posts
kesian tgk video tu smlm. mende laa umah kondo 35tingkat takde grill. giler btol laa.. mula2 aku dok salahkan mak nye tapi dh tau cerita kesian gak laa kat mak pak nye even ummah indon
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sgt dgn parents dia. Budak tu mmg dah ajal, insyaAllah syurga tempatnya. Harap perents arwah dipermudahkan segala urusan pengebumian arwah dan siasatan pihak polis nnt. Walaupun bukan Malaysia, selagi dia manusia/makhluk Allah, tetap i sedih sgt bila baca berita macamni. Semoga dipermudahkan. Aminn.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 05:44 PM | Show all posts

"Beksin lerteww."

-Kultus Teori Konspirasi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.198647 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list