CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 546|Reply: 2

[Dunia] Ombak gergasi badai selatan Hawaii, banyak kediaman rosak

[Copy link]
Post time 20-7-2022 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ombak gergasi badai selatan Hawaii, banyak kediaman rosak

TANGKAP layar video menunjukkan majlis perkahwinan tergendala akibat dibadai ombak besar di Hawaii. - AGENSI


  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 20 Julai 2022, 8:00 am













HONOLULU: Sejumlah rumah dan premis perniagaan musnah dibadai ombakgergasi yang melanda pesisir pantai selatan Hawaii pada hujung minggu, selain air melimpah ke jalanan.

Ombak besar dengan sebahagiannya melebihi ketinggian enam meter berlaku akibat air pasang dan perubahan paras laut yang disebabkan oleh perubahan iklim, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat (AS).

Fenomena alam itu turut menjejaskan satu majlis perkahwinan apabila ombak besar menghanyutkan kerusi dan meja sehingga mencetuskan panik dalam kalangan jemputan.

Seorang penulis, Sara Ackerman yang menghadiri majlis perkahwinan itu sempat merakam insiden yang berlaku.

“Ombak itu sangat besar, apa sahaja yang berada di laluannya pasti akan musnah. Semua kerusi dan meja bertaburan.
“Ombak gergasi itu berlaku kira-kira lima minit sebelum upcara berlangsung.

“Situasi itu tidak berbahaya, namun ramai di antara kami keliru apa yang perlu dibuat, sama ada meneruskan perkahwinan atau melangsungkannya pada hari lain,” katanya.

Bagaimanapun, tuan rumah tetap meneruskan upacara perkahwinan itu dan mereka beramai-ramai membersihkan
kawasan selepas majlis berakhir.

Dalam pada itu, pakar meteorologi, Chris Brenchley menyifatkan ombak yang tercetus itu merupakan antara yang terbesar dalam tempoh beberapa dekad.

Katanya, ‘sejumlah insiden yang tidak dapat dielak’ menjadi penyebab tercetusnya ombak gergasi berkenaan.

Antaranya, Siklon Tropika Remnants yang melalui selatan Hawaii sebelum ini, namun tidak memberikan kesan yang besar.

Jelas Brenchley, kebiasaannya, ombak di bahagian selatan Hawaii berketinggian tiga meter, manakala pantai di utara negeri ini lebih biasa dan menjadi pilihan pasukan peluncur untuk melakukan pertandingan. – AP






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 09:38 AM | Show all posts
Kauai or Oahu
Molokai or Lanai
Maui and the big guy,
A.k.a. Hawaii
Hawaii Ha Aw Wa II!
Aw Wa II!
Hawaii
Ooooooh Oooh
Ooooh Oooh Oooh
All I want to do is something different
Oh let me in
Cut off from Malaysia
Back in who knows when
Oh we got kinda lost
But my god What a place!
I profess
Airforce jets
Cannot take
Away my soul

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:02 AM | Show all posts
I have some inquiries if it’s not too much trouble, guide me about this. These inquiries are displayed underneath here:

https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1

Sitting tight for most appropriate response straightaway. I’m excessively confounded here
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.035098 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list