CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Tempatan] Edisi kapitalis: Menurut ejen ejen hartanah Harga rumah dijangka naik 11.8% dalam tempoh 12 bulan akan datang.duit,duit,duit

[Copy link]
Post time 20-7-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 20-7-2022 11:42 AM

KUALA LUMPUR: Data terkini yang dikeluarkan Tinjauan Hartanah dan Indeks Juwai IQI Malaysia bagi suku ketiga 2022 menunjukkan pasaran hartanah kediaman di Malaysia menuju kenaikan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, kaji selidik yang dijalankan terhadap ejen hartanah di seluruh negara mendapati harga rumah dan sewa akan meningkat dengan ketara dalam tempoh tersebut sekali gus merangsang peningkatan aktiviti dalam sektor hartanah.

Dalam senario ini, katanya, mereka yang memiliki rumah akan menikmati faedah daripada kenaikan nilai, sebaliknya bagi yang menyewa atau mahu membeli rumah akan menyaksikan perbelanjaan mereka meningkat.

Kaji selidik itu mendedahkan industri hartanah menjangkakan pertumbuhan harga kediaman yang ketara dalam tempoh 24 bulan akan datang.

"Ejen hartanah percaya hartanah kediaman akan meningkat sebanyak 11.8% di seluruh negara dalam tempoh 12 bulan akan datang.
"Pertumbuhan akan berterusan pada tahun berikutnya dengan harga berakhir pada 16.5% lebih tinggi dalam tempoh 24 bulan akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan tinjauan berkenaan, ejen hartanah di Pulau Pinang menjangkakan 17% kenaikan dalam tempoh 2 tahun lagi manakala di Johor pula, ia dijangka meningkat 18.1%.

Bagi Kuala Lumpur dan Selangor pula, harga dijangka meningkat 15.9% manakala ejen hartanah di Sabah menjangkakan kenaikan 14.7% di Sabah dalam tempoh 2 tahun

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sembilan daripada 10 ejen hartanah berpendapat membeli rumah ketika ini adalah lebih baik berbanding menyewa.

Secara perbandingan, katanya, katanya 11% sahaja yang bersetuju dengan pendapat bahawa menyewa lebih baik daripada membeli rumah.
"Data ini mencadangkan kepada saya bahawa ejen menjangkakan penyewa akan menghadapi kenaikan kadar dalam tempoh 12 bulan akan datang sejajar kenaikan harga rumah.

"Mereka yang membeli sekarang dapat mengelakkan diri daripada berdepan tekanan ini.
"Apabila melihat siapa yang mempunyai peluang terbesar di sini, didapati lebih satu pertiga daripada rakyat Malaysia berumur 20 hingga 39 tahun adalah penyewa.


https://www.astroawani.com/berita-bisnes/harga-rumah-dijangka-naik-118-dalam-tempoh-12-bulan-akan-datang-371817

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.034785 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list