CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2792|Reply: 34

Sekolah Pondok Tapi Sibuk Nak Bawa Alat Solek, Ustazah Hancurkan Semua Guna Tukul Besi

[Copy link]
Post time 21-7-2022 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Sudah menjadi kelaziman, sesebuah sekolah terutamanya sekolah berasrama akan menetapkan peraturan atau undang-undang tertentu untuk mendidik dan membentuk sikap berdisiplin dalam kalangan pelajarnya.


Kebiasaannya kita mendengar larangan membawa telefon bimbit ke sekolah kerana bimbang para pelajar akan terleka serta menyalahkangunakan peranti itu untuk tujuan selain pendidikan.








Namun lain pula halnya dengan kisah yang berlaku di sebuah sekolah pondok, di mana guru bertindak merampas dan memusnahkan alat solek yang dimiliki para pelajar perempuan.


Video memaparkan tindakan dua guru wanita bertudung memusnahkan alat solek seperti gincu dan pelembab bibir dengan menggunakan penukul besi di hadapan para pelajar, menjadi tular di media sosial baru-baru ini.


Menerusi video berdurasi sekitar 13 saat itu, kelihatan juga para pelajar perempuan duduk di belakang dan hanya memerhatikan tindakan dua guru berkenaan.




  



Guru-guru berkenaan dipercayai merampas peralatan solekan sebelum dikumpul dan dihancurkan di hadapan murid sebagai pengajaran.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar sekolah berkenaan.


Namun menerusi ruangan komen, ada yang mengatakan kejadian berkenaan berlaku di sebuah sekolah pondok atau pesantren di Indonesia.


Video berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada netizen, dengan ada di antara mereka meluahkan pandangan yang menyebelahi guru-guru wanita tersebut.


"Terbaik cikgu. Umur tak matang, budak bawa ke sekolah barang macam ni macam-macam beri alasan. Ini pengajaran ibu bapa untuk pantau anak-anak.


"Nama pun sekolah pondok, yang bawa alat solek seolah-olah pergi tempat majlis peragaan kecantikan apa hal?


"ergi sekolah pondok pun bawa alat solek. Nak belajar... bukan nak pergi pasar raya. Tak kena tempat nak bawa alat mekap pun. Bagus ustazah," demikian pandangan netizen.


Namun segelintir yang lain berpendapat tindakan memusnahkan alat solek berkenaan adalah keterlaluan, di mana guru sewajarnya memberi peringatan dengan lebih berhemah.


"Agak keterlaluan. Nak menegur, nak mengajar ada caranya. Dengan cara begini akan jadi dendam. Nama pun budak perempuan remaja. Sepatutnya nasihat dulu bukan terus bertindak.


"Didiklah akhlak, bukan mendidik cara menyelesaikan masalah secara emosi.


"Jangan rosakkan... membazir namanya. Patut kali pertama beri amaran, kalau dia ulang batalkannya dari sertai sekolah pondok. Baru jadi pengajaran pada yang lain," demikian pandangan yang diluahkan.


Video memaparkan tindakan guru yang tegas dalam isu disiplin di institusi pendidikan di negara berkenaan bukanlah kali pertama diviralkan.


Sebelum ini tular video memaparkan guru wanita melempar telefon bimbit milik pelajar ke dalam tong besi yang marak dijilat api sebagai pengajaran. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 10:23 AM | Show all posts
betul la tu. dah gitu cara didikan sirtu ikutla. taknak berenti masuk skola biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 10:39 AM | Show all posts
ada kawan aku cakap,

haram makeup / bersolek dan memakai inai

bg yg belum bersuami, yg sudah bersuami tak apa...

solek utk suami






Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:32 AM | Show all posts
tirulah macam ostajah, tak payah mekap ada nur hanya sebab wuduk
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:35 AM | Show all posts
salimrock replied at 21-7-2022 10:39 AM
ada kawan aku cakap,

haram makeup / bersolek dan memakai inai

yup betol... berhias, hanya untuk suami.. bukan ajnabi...
tapi kalau berhiasa, senyum gedik sorang depan cermin.. ok je..
janji tidak menarik pandang lelaki...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kat korea, budak2 sekolah boleh gi sekolah pki make up. Kat sini memang x leh lah.. Tapi x yah nak pecah2 kan. Rampas je lah. Ingat beli pki bulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
suka hati la ustazah nak buang benda tu.skolah tahfiz.nak mendidik jadi manusia.didik hati keras.hati tak mudah nak merajuk tak tentu pasal
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu2 x bawak make up, tapi wajib bawak deodorant dgn spray impulse tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak plak duit diorg beli makeup2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts
lip gloss pon xboleh ke..buat yg ade jenis chapped lips.kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 21-7-2022 10:39 AM
ada kawan aku cakap,

haram makeup / bersolek dan memakai inai

kalau culture arab@ afrika, perempuan yg dh berkahwin je pakai inai..selalu kene pakai,kene buat stok inai..tp rupenye inai ni boleh tingkatkan kesuburan perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 06:33 AM | Show all posts
Celak dan inai tak boleh ke? kat sini galak saja iklan...katanya ikut sunnah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 06:33 AM | Show all posts
Perawankota replied at 22-7-2022 03:59 AM
Aku dulu2 x bawak make up, tapi wajib bawak deodorant dgn spray impulse tu.

uuu 90's kidddd - kaler ijo ke impulse tu bau epal
debut pasha sanda
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 22-7-2022 06:25 AM
lip gloss pon xboleh ke..buat yg ade jenis chapped lips.kesiannya

Lip balm tu pttnya boleh kot utk bebudak mulut kering bak padang pasir.. Xpun, bg la amaran dulu..atau mungkin dh diberi amaran... Tp, syg ooo, membazir buat cmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 07:10 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 22-7-2022 07:12 AM

yang cantik dan wangi tok guru dah bedal dulu buat bini ke 2,3,4.
tinggal kan yang busok dan kepam

konfem la parfume dan deodorant semua x boleh, bukan setakat make up,
asalkan bau wangi lalu sebelah, ostajah akan musnahkan.

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la.. antara betui dengan dak dok berbelah bagi. Dok baca hangpa punya komen, betui dah la kot na? Biaq budak2 ni keraih sikit tak dak hati tisu lemah sngt supa budak2 tiktok. Eh betui ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambah, bagi jiwa kentai sikit la na
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 08:01 AM | Show all posts
mau ada yg rebel klu gini tindakannya



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ambil tindakan gini, mesti ustaz ustazah dah maklumkan. Pelajar bawa jugak. Sama la macam di mesia ni ha. Budak form 1 form 2 datang sekolah bibir merah2. Kadang tengok budak ni balik dah petang petang tu, bibir merah2, muka macam baru pakai bedak. Banding dengan anak I yang lelaki, pergi sekolah elok lagi, balik pun masih elok cuma muka dah berminyak, tali leher dah melorot sikit, rambut awal awal kemas tapi ke hujung tu, pesennya dah ala ala dipukul ribut.

Apa pun, I rasa betul je tindakan guru bertegas macam ni. Nak melawa, bukan di sekolah. Mesti dah diberi amaran benda benda terlarang nak bawa, tapi bawa jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 08:34 AM | Show all posts
kalau tak boleh bawa dalam sekolah sebab dah peraturan tak apalah...

tp aku kurang setuju siap hancurkan begitu, paling teruk pun boleh buang sahaja dalam tong sampah, atau bagi sahaja balik dengan pendidikan yang sepatutnya sebab barang itu adalah kepunyaan seseorang... kecualilah kesalahan yang sama berkali-kali maka mungkin boleh ambik tindakan yang perlahan-lahan ke arah lebih keras.

Takut nanti hukuman seperti itu akan memberikan kefahaman umum terutamanya kepada pelajar-pelajar disitu, bahawa tak ikut peraturan boleh menerima hukuman yang membolehkan hak-hak seseorang dilanggar.

Disini sebenarnya secara tak sedar, dah diajar dan diturunkan ilmu kepada budak-budak secara tidak langsung bagaimana mereka perlu bersifat bila otak mereka mentafsirkan adanya perlanggaran peraturan

Barangnya dirampas, lepas itu dihancurkan didepan mereka, mereka hanya boleh tengok hopelessly... cumanya kalau itu dah dipersetujui oleh semua, maka masyarakat kena adaptlah dengan anggotanya yang akan bersifat begitu juga kepada sesiapa yang telah melanggar peraturan pada padangananya sebab dari kecil dah dinormalisasikan.

Jika pelajar ini jadi guru pulak, pemikiran ini akan muncul pada masa-masa tertekan kerana kefahaman ini telah berada dialam bawah sedar bertahun-tahun dan ada kemungkinan menggunakan pendekatan yang lebih lagi berbanding dengan apa yang mereka dididik dahulu. Tak hairanlah guru-guru kita sering sahaja keluar berita pasal menghukum pelajar secara tidak sepatutnya..

Kita masih ada pilihan untuk mengambil pendekatan bertahap yang menggunakan reasoning terlebih dulu, ingatan tentang adanya peraturan, seterusnya amaran adanya perlanggaran, usaha dan kerjasama dengan ibubapa, diambil tindakan pelaksanaan peraturan hilang hak milik tapi tak perlulah bagi mesej yang agak ekstrem seperti menggunakan tukul..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.574073 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list