CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11757|Reply: 11

Memancut nanah, Anju menyesal

[Copy link]
Post time 4-3-2025 12:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-3-2025 11:01 PM

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Zarina Anjouline terpaksa membuang implan hidung kerana mengalami jangkitan teruk sehingga bernanah.

Menurut Zarina atau mesra disapa Anju, 38, hidungnya mengalami jangkitan gara-gara prosedur pembedahan plastik yang dilakukan di Vietnam tidak bersih selain menggunakan implan atau silikon terpakai.

“Menyesal saya buat hidung, terkena jangkitan sampai demam dan sakit badan. Sudah beberapa hari hidung saya merah sangat kerana jangkitan.

“Sebenarnya jangkitan ini telah ada sejak dari Vietnam lagi. Perkara ini dipanggil jangkitan secara senyap, luaran nampak okey, tetapi bahagian dalam telah
‘makan’ hidung saya,” ujar Anju menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya sebentar tadi.

Disebabkan tidak tahan dengan rasa sakit yang ditanggung dan ingin segera membuang implan berkenaan, Anju tidak ke hospital sebaliknya mengeluarkannya di sebuah klinik kecantikan milik sahabatnya.

“Sangat teruk, apabila saya buka rupanya silikon itu sudah digunakan oleh orang lain sebelum dicuci dan dipakaikan kepada saya.

“Hendak tunggu buat di hospital lambat, jadi saya pilih buat di klinik kecantikan sahaja. Klinik ini tidak buat pembedahan hidung tetapi saya minta tolong untuk keluarkan silikon itu secepat mungkin.

“Sebab badan saya sudah mula demam, batuk, berkahak dan sinus teruk bermakna bakteria telah merebak. Saya tidak cadang anda pergi ke klinik di Vietnam, tadi semasa buang silikon nanah memancut keluar,” katanya.

Sebaik membuang silikon, segala simptom jangkitan hilang, bahkan hidungnya kembali ke bentuk asal.

“Nampak jahitannya (klinik di Malaysia) kemas, berbanding jahitan di Vietnam dahulu seperti jahit tali rafia di guni.

“Saya tidak tahu bagaimana orang boleh buat pembedahan hidung kerana cukup menyusahkan, menyeksakan dan merimaskan. Saya gembira dapat kembali hidung lama balik,” ujar Anju.

Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2025 01:21 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
padan mukaa ko dgn danny kelempok tu boleh berjodohan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:47 AM | Show all posts
Dia ni dpt duit dari mana??
Rajin plak tu g operate sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:56 AM | Show all posts
Yg ini mmg patut dipadankan mukanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 03:37 AM | Show all posts
padan muke...gagah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2025 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama lama hidung pon tak.ada
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
hidung ori huduh ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2025 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
La...dia ni pn buat hidung ke.
Hidung ori x cukup mancung gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 06:06 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa buat ayat dah tak tahan sakit baru nak pegi klinik. Udah le just pegi klinik estetek aje. Dia tak tahu ke infection boleh membawa maut???? Dahla idung,.. tak takut merebak jangkitan ke tekak, mulut sekali ke . Adoi kenapa bongoks sgt ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut… sakit sikit pun dah kena pegi hosp. Kena jumpa Dr pakar ENT. Eh gasak dialah. Hidung dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.045099 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list