View: 1374|Reply: 18
|
[Tempatan]
Nelayan ditahan tangkap siput retak seribu secara haram....siput retak seribu = lala
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 22-7-2022 08:46 AM
Nelayan ditahan tangkap siput retak seribu
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -siput-retak-seribu
Disiarkan pada: Julai 22, 2022 @ 4:20pm

EMPAT kru termasuk seorang tekong dalam sebuah bot ditahan APMM Zon Maritim Kuala Perlis kerana didapati melakukan aktiviti menangguk siput retak seribu tanpa kebenaran. FOTO Ihsan APMM Perlis
Kangar: Nelayan dari Kedah dilihat terus berdegil menjalankan aktiviti penangkapan siput retak seribu di perairan negeri ini meskipun sudah diberi amaran oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Dalam kejadian terbaru, empat kru termasuk seorang tekong dalam sebuah bot ditahan APMM Zon Maritim Kuala Perlis kerana didapati melakukan aktiviti menangguk siput retak seribu tanpa kebenaran.
Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, penahanan nelayan serta bot yang berpangkalan di Jeti Kuala Kedah dilakukan di kedudukan lebih kurang 1.2 batu nautika dari barat Sungai Berembang, Kuala Perlis, di sini sekitar 2.40 pagi hari ini.
Beliau berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat awam sebelum mengerahkan bot ronda APMM yang melakukan rondaan rutin menerusi Op Aman/Op Benteng Laut di sekitar perairan Perlis segera ke lokasi.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati, terdapat seorang tekong dan tiga awak-awak bot yang berusia antara 38 hingga 46 tahun dalam bot itu.
"Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk bot, enjin dan siput retak seribu sekitar RM100,960. Kru bot termasuk tekong, bot dan hasil tangkapan siput dibawa ke jeti APMM Zon Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Mohd Hashim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 11 (3) (C) Akta Perikanan 1985 kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pada ampa tangkap depa, hat siput retak seribu tu takkan ampa simpan sebagai bahan bukti
Pi la juai tang pelantaq sg baru nuuuhh |
|
|
|
|
|
|
|
tak berapa jelas memang tak dibenarkan atau perlu permit khas. Why?
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru tahu siput retak seribu nama lain lala |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Siput retak seribu? Rupanya kena ada kebenaran baru boleh tangkap siput jenis ni |
|
|
|
|
|
|
|
Lalamove tersenyum sinis
ps. Tolong komen bagi pihak sis kaki |
|
|
|
|
|
|
|
Baru lepas masak lala 2 hari lepas... lala masak cilipadi, garlic and sos tiram sket je.. sedap nyeh |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap siput ni.d kedah juai sekelo rm 4 d tmpat aku sekelo rm 10 …haiyoo |
|
|
|
|
|
|
|
~boolean replied at 22-7-2022 07:29 PM
Tapi kenapa tak boleh?
Sebab tu b40 akan semakin susah..lain le bangsatwan...redah ribu hektar tanah balak pun tetap halal. |
|
|
|
|
|
|
|
Nelayan sesuatu negeri tak blh cross ke negeri lain... Masing2 ada reg. no.
Kena stay kat negeri sendiri je |
|
|
|
|
|
|
|
20-30 tahun dahulu ramai pendatang haram bangsa Myanmar Vietnam dan China mati lemas di laut sewaktu mereka mencari la-la. Sewaktu mereka mencari la-la tu di waktu air laut surut, disebabkan mereka terlalu asik tampa menyedari air laut semakin naik dan mereka terperangkap dan lemas kerana sewaktu air surut menjadi terlalu jauh dari pantai. |
|
|
|
|
|
|
|
Lala bukan yang kecik tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ada yg di atas sebut retak seribu/lala ni sebagai siput pulak?
Siput kan jenis yg bercengkerang merayap. Yg ni jenis bercengkerang tapi tak merayap kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Suka lala masak lomak cili padi. |
|
|
|
|
|
|
|
xtau pula tak boleh tangkap |
|
|
|
|
|
|
| |
|