View: 968|Reply: 11
|
Menakjubkan, Kembar Masih Dalam Kantung Semasa Dilahirkan
[Copy link]
|
|
Rio de Janeiro: Pasangan kembar di Brazil masih berada dalam kantung amniotik ketika dilahirkan.
Gambar proses kelahiran ini menjadi detik menakjubkan kerana ia hanya berlaku dalam 80,000 kelahiran.
Kantung yang melindungi bayi ketika di dalam tempoh kandungan masih lagi menyeliputi mereka, dan tidak pecah ketika proses kelahiran berlaku.
Foto: Agensi
Pada kebiasaannya, kantung itu akan pecah secara semula jadi ketika proses bersalin, namun bagi kes ini doktor terpaksa memecahkannya.
Cristiane Mucci melahirkan anak kembar perempuannya Maria Cecilia dan Maria Alice menerusi pembedahan pada 11 Jun lalu.
Kembar itu dilahirkan di Hospital de Nossa Senhora das Dores di Ponte Nova, sebuah daerah di Minas, tenggara Brazil.
Kelahiran mereka disambut pakar sakit puan dan obstetrik, Dr Emilio Garavini, dalam keadaan kedua-dua bayi berkenaan, sihat.
Peristiwa bersejarah itu dianggap 'berbeza dan istimewa' kepada petugas hospital berkenaan.
Hospital itu dalam satu kenyataan mengesahkan bayi kembar berkenaan dilahirkan pada 11 Jun.
"Cristiane Mucci melahirkan Maria Cecilia dan Maria Alice Mucci dalam keadaan sihat dan selamat.
"Namun ketika dilahirkan bayi kembar itu masih berada dalam kantung yang melindungi mereka sepanjang tempoh kandungan," kata hospital itu.
Kelahiran istimewa ini bukan pertama kali berlaku kerana sudah lima kejadian sama dilaporkan di Brazil.
Sebuah klinik di Sao Miguel do Oeste sebelum ini menyambut kelahiran dalam keadaan sama membabitkan bayi bernama Davi Lucca Rosset Basso, September tahun lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
ceh ingatkan masih dalam kantung kerandut |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah mak iols penah citer dulu masa lahirkan iols dalam keadaan gini la..keluar dalam kantung. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 22-7-2022 05:09 PM
Arwah mak iols penah citer dulu masa lahirkan iols dalam keadaan gini la..keluar dalam kantung.
Wah.. lahir secara normal atau pembedahan? |
|
|
|
|
|
|
|
cap_ayam replied at 22-7-2022 05:46 PM
Wah.. lahir secara normal atau pembedahan?
Lahir secara normal |
|
|
|
|
|
|
|
Yang menakjubkan ialah kelahiran itu sendiri.
Setakat kantung tak pecah tu apa nak takjub sangat, cucuk ja lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 22-7-2022 05:09 PM
Arwah mak iols penah citer dulu masa lahirkan iols dalam keadaan gini la..keluar dalam kantung.
Kita serupa… org kata.. kalau org nak p perang ke berlawan ke.. kita bg air yg kita baca2 kan pastu bg diaorg minum.. katanya kebal diaorg nanti.. tu kata org dulu2 laaa… hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ni hijab kau pernah terbuka tak nampak benda2 ghaib?
|
|
|
|
|
|
|
|
makiting replied at 22-7-2022 06:16 PM
Kita serupa… org kata.. kalau org nak p perang ke berlawan ke.. kita bg air yg kita baca2 kan pas ...
Wahh ada geng
Yg iols dengar arwah mak iols citer dulu kalau kantung tu ambik rebus buat air minum atau mandi kat kita (yg lahir dalam kantung tersebut) akan jadik kebal /tak lut badan ni. Tu ikut citer orang2 tua dulu. Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
hashashes replied at 22-7-2022 06:25 PM
Setakat ni hijab kau pernah terbuka tak nampak benda2 ghaib?
Takdak pon chuols. Iols pun tak hingin nak nampak benda2 ghaib ni. Lagipun iols ni penakut |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 22-7-2022 05:52 PM
Lahir secara normal
Oh ingatkan pembedahan. Begitulah ibu kita melahirkan kita.. semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa2 ibu .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|