CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 804|Reply: 1

[Tempatan] Skandal 1MDB: Permohonan pendakwaan gantung pelaksanaan perintah pemulangan harta ditolak

[Copy link]
Post time 22-7-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pendakwaan bagi menggantung pelaksanaan perintah pemulangan harta yang disita daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya, anak mereka dan beberapa individu lain. - Gambar Facebook Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan bagi menggantung pelaksanaan perintah pemulangan harta yang disita daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak mereka dan beberapa individu lain.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan selaku pemohon dan peguam yang mewakili Najib, Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak Rosmah), anak mereka Nor Ashman Razak, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Goh Gaik Ewe, Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin sebagai responden pertama hingga kesembilan.

"Saya tidak nampak alasan munasabah berkenaan permohonan ini jadi saya menolak permohonan pendakwaan untuk menggantung pelaksanaan perintah pemulangan harta," kata hakim itu.

Pada 8 Nov tahun lepas, Mohamed Zaini memerintahkan barangan termasuk beg tangan pelbagai jenama, 27 kenderaan dan wang tunai pelbagai mata wang yang disita daripada mereka yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong dalam hujahannya berkata pihaknya memohon untuk penangguhan berikutan rayuan terhadap keputusan pelucuthakan itu sedang didengar di Mahkamah Rayuan.


Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh 6 Sept ini sebagai pengurusan kes dan pihak pendakwaan masih menunggu rekod rayuan.

Saya mohon mahkamah pertimbangkan...pihak kami telah memfailkan permohonan rayuan dalam tempoh masa, jadi kami masih mempunyai kuasa terhadap barangan yang disita sehingga kes diputuskan di Mahkamah Rayuan," katanya.

Bagaimanapun, peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Roger Ng dan isterinya berhujah pihak berkuasa membenarkan akses secara langsung kepada akaun bank milik pasangan itu susulan saman yang difailkan mereka terhadap dua bank berkenaan iaitu Maybank (cawangan Plaza Damansara) dan RHB Bank (cawangan Bangsar Shopping Centre Office Tower).

Tan berkata beliau juga tidak tahu sekiranya wang di dalam akaun milik anak guamnya masih wujud kerana pihak bank telah membenarkan akses terhadap akaun sejak April lepas.

"Kami akan menulis kepada Jabatan Peguam Negara untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan itu, memandangkan mereka (Jabatan Peguam Negara) yang memberi arahan kepada pihak bank untuk membenarkan akses terhadap akaun anak guam," katanya.

Peguam Mardhiyah Siraj dan Azamuddin Aziz, masing-masing mewakili Najib, Riza Shahriz dan Nor Ashman memohon agar mahkamah menolak permohonan untuk menggantung perintah pemulangan harta atas alasan tidak wujud keadaan istimewa yang membenarkan penggantungan itu.

"Pemohon juga tidak lagi mempunyai kuasa untuk menangguhkan kerana perintah sita selama 12 bulan telah tamat," katanya.

Pada 8 Nov 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak harta-harta itu kepada kerajaan dan permohonan penangguhan itu dibuat sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Dalam keputusan sama, Hakim Mohamed Zaini bagaimanapun membenarkan permohonan kerajaan untuk melucut hak aset daripada lapan responden lain kerana mereka tidak membantah permohonan itu iaitu Mohd Kyizzad Mesran, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd dan tiga bekas pegawai 1MDB yang melarikan diri, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun.

-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasihan bini Fazley takda dalam gambar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.051333 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list