CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3772|Reply: 27

[Tempatan] “Nampak Penat, Pucat Iemah..Bag dia bag berjenama, Baju dia pun nampak mahal” Warganet kongsi kelibat Zalina Azman

[Copy link]
Post time 23-7-2022 06:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-7-2022 04:06 PM

“Nampak Penat, Pucat Iemah..Bag dia bag berjenama, Baju dia pun nampak mahal” Warganet kongsi kelibat Zalina Azman

SELEPAS kecoh kelibat Zalina Azman dilihat di sebuah premis telephone bimbit, menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) seorang wanita mirip bekas personaliti televisyen TV3 itu memasuki sebuah premis.

Menerusi rakaman itu, kelihatan wanita berpakaian serba hitam berjalan masuk di premis sambil membawa dua buah beg.
Menerusi satu posting dari akaun fb Ainul Mustafa, beliau turut berkongsi cerita yang sama.
Melihat kelibat seakan Zalina Azman pada Rabu 20/7 di sebuah stesen minyak yang berada di shah alam.

Baca sedikit perkongsian beliau, ketika singgah sebentar selepas menghantar anak beliau ke sekolah.
“Zalina Azman ke yang saya nampak hari tu?”

menurut beliau “Tengok video ni dia cakap bukan. Orang gelandangan. Ini cerita saya jumpa orang ni hari Rabu 20.7. 2022 kat Petronas Sek 6 Shah Alam”

“Cakap kat suami jom p toilet Petronas Sek 6.Sampai sana toilet berkunci dan ada orang kat dalam. Oklah tunggu je la. Masa saya nak tunggu tu ada abang Petronas tanya “nak masuk ke? Ni ada orang kt dalam dah lama”

Sambil dia pegang kunci. Mungkin stand by nak buka toilet tu. Pekerja Petronas ketuk pintu tapi senyap. Saya pun cakap takpa saya tunggu. Orang tu sakit perut kot.

Tunggu beberapa minit , tak dengar pun bunyi apa apa.senyap je. Kemudian pekerja Petronas datang lagi
“Dia belum keluar ke? Sudah lama kat dalam dari jam 6 ”

Saya pun dah mula risau “U check takvt dia pengsn ke “Pekerja tu ketuk lagi”
“Dan seorang wanita keluar. Bawa 2 bag besar macam dalam dalam video ni. Wanita pakai jubah ke dress wanita hitam. Rambut panjang tapi dia ikat.”

“Sangat kurus. Muka cengkvng. Bibir letak lipstik merah tapi still nampak penat, pucat lemah Bag dia bag berjenama. Bukan gelndangan kalau ikut pendapat saya. Baju dia pun nampak mahal”

“Kalau lah betul Zalina Azman, syukur dia masih hidup. Tapi mungkin saklt. Nampak tak sihat sangat dan kalau betul beliau harap cepatlah dijumpa balik ke pangkuan keluarga. Mungkin boleh minta cctv Petronas Sek 6 hari Rabu antara 7-7.30 pagi.”

Carian di kediamannya sebelum itu mendapati keadaan rumah tidak tersusun selain menemui beg duit yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kresit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info kepada pegawai penylasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Sksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Zalina sebelum ini cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters yang bersiaran di TV3.

Video :
Sumber : fb Ainul Mustafa
“Mulanya dia minta hantar ke balai..lepas itu tukar fikiran” Pemandu e-hailing kongsi cerita bertemu wanita menyerupai Zalina 6pagi
Pemandu e-hailing mendakwa pernah bertemu wanita menyerupai Zalina di Jalan Maarof, Bangsar.

BERITA kehilangan Zalina Azman yang tular sejak Isnin lalu semakin hangat diperkatakan apabila pelbagai pihak tampil menyalurkan makiumat dalam usaha mencari bekas personaliti televisyen TV3 berkenaan.

Ada pihak mendkwa melihat individu menyerupainya singgah di sebuah kafe di Sksyen 9, Shah Alam selain di beberapa lokasi lain seperti Sksyen 3, Taman Tasik Shah Alam dan beberapa lokasi lain.

Bagaimanapun, hasil siasatan dan semakan rakaman litar tertutup (CCTV) oleh pihak polls mendapati wanita yang dikatakan Zalina itu ialah seorang gelndangan.

Sahabat baik Zalina, Senator Datuk Ras Adiba Radzi turut melakukan misi selama dua hari berturut-turut mencari dan cuba menjejak Zalina di sekitar Shah Alam namun usaha itu masih belum mendatangkan hasil.

Terbaharu, seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Nadhir Agito mendkwa pernah bertemu dengan seorang wanita menyerupai Zalina di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.

Pada Khamis, poIis mengesahkan kelibat wanita mirip Zalina adalah gelndangan.
Menceritakan perkara itu, Nadhir yang menlnggalkan komen di Instagram Senator Datuk Ras Adiba Radzi mendkwa, ketika itu dia sedang bertugas sebagai pemandu e-hailing dan terserempak dengan seorang wanita menyerupai Zalina sekitar jam 6.45 pagi.

“Pada mulanya saya tidak dapat mengenal pasti disebabkan badannya yang kurus dan ketinggiannya rendah. Selepas melihat perkongsian you (Ras Adiba) dengan dia, ya saya berani dan yakin itu memang Zalina Azman.

“Saya pemandu Grab dan terserempak dengannya ketika waktu Subuh. Dia datang dekat kereta saya untuk minta bantuan namun dia kelihatan keliru tentang apa yang dia inginkan,” tulisnya di ruangan komen Instagram Ras Adiba.

Nadhir juga mendkwa berdasarkan pemerhatiannya, wanita mirip Zalina itu kelihatan seperti mengalami masalah amnesla dan mudah lupa.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Nadhir berkata, dia ada menawarkan bantuan untuk menghantarnya ke balai polis namun individu itu menolak.
Pengguna Instagram berkongsi kebarangkalian bertemu Zalina di Bangsar.

“Pada awalnya dia minta saya menghantarnya ke balai poIis tetapi selepas itu dia macam menolak, tukar pula hendak pergi makan kerana lapar.

“Memang tangannya kelihatan mengglgil. Saya cuba membantunya dengan mengambil gambarnya, tetapi dia menolak kerana berfikir saya akan melakukan perkara burbk kepada dia,” tambahnya.

Jelas Nadhir, tujuannya ingin mengambil gambar wanita itu kerana ingin memuat naik di laman sosial agar viral supaya keluarganya dapat mengetahui keberadaannya.

Pada macam Isnin lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam memaklumkan kehilangan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berusia 58 tahun.

Fizikal Zalina disifatkan sebagai berkulit hitam manis, bertubuh kecil selain alamat terakhirnya di Sksyen 3, Shah Alam, Selangor.
Zalina dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. lqbal Ibrahim memberitahu anak lelaki personaliti itu,membuat laporan tentang kehilangan ibunya sejak 29 November tahun lalu.

Laporan itu dibuat selepas pengadu gagal mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapa Zalina dimasukkan ke hospital.

Carian di kediamannya sebelum itu mendapati keadaan rumah tidak tersusun selain menemui beg duit yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kresit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info kepada pegawai penylasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai P0lis Sksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Zalina sebelum ini cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters yang bersiaran di TV3.

Sumber : mstar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 versi misteri kehilangan acik zally, makin seram plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2022 10:10 AM | Show all posts
iraizz replied at 22-7-2022 03:01 PM
Macam2 versi misteri kehilangan acik zally, makin seram plak

Berharap bukanlah jadian dia!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
No doubt perempuan yang sama yang orang lain juga jumpa tu. Cuma persoalan nya sekarang Zalina Azman ka beliau? Polis kata bukan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 11:33 AM | Show all posts
mcm berminat nak tau sapa gelandangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 11:34 AM | Show all posts
takda ke staf tv3suku atau yang berkaitan nak tumpahkan teh kat sini? yihhh rengsa meols dengan pelbagai kisah mistik daripada netizen yachh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2022 03:57 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan semua pihak
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 23-7-2022 11:34 AM
takda ke staf tv3suku atau yang berkaitan nak tumpahkan teh kat sini? yihhh rengsa meols dengan pelb ...

Kan kaka... Yihhh sangattt... Not worth untuk ambil tahu dah...

Pelbagai spekulasi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Famili dia memang diam tak berkutik ke? Bagilah sikit info pasai zalina ni, sakit ke apa, suka larikan diri ke apa, apa2 saja untuk bantu netizen sama, ni tak, macam lepas tangan. orang kalau nak mintak tolong cari family member hilang, siap merayu bagai, bukan lepas tangan. hujung2 kalau dah jumpa ke apa, kami nak privacy. bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 05:53 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 23-7-2022 05:54 PM

kalau tak salah i personaliti ini berumur 50 years lebih kan?
dan i am curiosu about these:

a) adakah Zalina Azman tidak mempunyai masalah perubatan sebelum ini- dan kalau ya boleh ke doktpr dia dedahkan sejarah perubatannya kepada pihak penguatkuasa undang2 atas dasar  safety? her own security - her security is being compromised?

b) adakah dia sihat sebelum ni?

c) atau dia sering lupa lupa benda sejak 2- thn kebeakangan ini?

i mean...selain daripada i rasa unsur jenayah , i takut satu je - if one could read FTD.

so facts macam ni ade tak ahli keluarga dapat pi jumpe pihak polis dan bantu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 23-7-2022 05:53 PM
kalau tak salah i personaliti ini berumur 50 years lebih kan?
dan i am curiosu about these:


Dlm 1-2 disbbkan covid isolation mcm mental issuea yg naik kan?
"Social isolation was associated with about a 50% percent increased risk of dementia" -cdc us.
I rs anak dia lebih rapat dgn atuk n nenek...that's why anaknya yg mwncari sbb nak bagitau bapaknya msk spital.kita pun tak tau dah bila last dia jumpa anak dia. Dgn ras adiba ada le dlm last year or before pkp tu kan...kalo polis n anak dia tak larat cari mungkin boleh kongsi je maklumat org ramai ni...spy especially kekwn dia ex media boleh fokus kawasannya...tp rs betul jg agakan ras adiba...dia agak2 tempat yg ada kaitan dgn hidup dia..area bangsar mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 23-7-2022 05:45 PM
Famili dia memang diam tak berkutik ke? Bagilah sikit info pasai zalina ni, sakit ke apa, suka larik ...

Itulah pasal...anaknya, saudaranya takde nak war2kan kehilangan Zalina ni? Member Ras Adiba tu yg sibuk mencari..takde ka siRas ni nak contact familinya sama2 cari ke?

Kalau kes orang hilang, masuk paper, inform kat fb media massa semua sekali ahli keluarga merayu2 cari orang hilang ni, suruh pulang..tapi keluarga Zalina ni pelik betul diam takde info..misteri sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejuk beku jugak ke kes ni nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lista replied at 23-7-2022 07:23 PM
Itulah pasal...anaknya, saudaranya takde nak war2kan kehilangan Zalina ni? Member Ras Adiba tu yg  ...

itulah, makin hari makin kita nak speku memacam, kang cakap lelebih tuduh sebar maklumat pelesu pula tapi masa yang sama nak bantuan netizen tapi macam nak berahsia. sampai ke sudah takde sape tampil dan kekawan yang nak menolong pula nampak macam lelebih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 08:38 PM | Show all posts


kredit : https://www.instagram.com/p/BOEvFQxFjKZ/
  



kredit : Ras adiba




Umur : 58 thn
Tinggi : 158 cm


Sheols ske pakai eyeliner ek. Apa kisahnya ya - sengaja larikan diri? mental illness ? ditimpa musibah?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 09:07 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 23-7-2022 06:41 PM
Dlm 1-2 disbbkan covid isolation mcm mental issuea yg naik kan?
"Social isolation was associated w ...

bende ni dementia FTD ini sangat insidious, macam yes takut takut isolation  tu trigger cuma, lagipun kita tak tahu apa  siapa dia pun , i mean takkenal pun....i hope ade sesiapa  yg rapat and tahu boleh gune saluran yg betul untuk bantu pihak berkuasa dan atas dasar security.

i mean depa ta payah viral atau dedahkan maklumat sulit , cukup hubungi polis atau doktor perubatan ke yg tahu and tanya pihak yg berkuasa legal tak legal. if ade case perubatan.

kita tak tahu apa yg sebenarnya berlaku actually semuanya speculative kan...so itulah tu complex.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RVP20 at 23-7-2022 09:17 PM

Baru baca kisah lelaki pekerja offshore yg hilang sejak 9 bulan  lalu dijumpai mayat & kereta tenggelam dlm sungai
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:04 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 23-7-2022 09:07 PM
bende ni dementia FTD ini sangat insidious, macam yes takut takut isolation  tu trigger cuma, lagi ...

tp klo dementia , adalah tinggal jejak jugak kan. Perut lapar jugak nk cari makan. Ntahla cuma tau dementia yg biasa tu ja. My macit start lupa sket2 , mula merayau keluar rumah sampai anak terpaksa kunci pintu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:14 PM | Show all posts
borrow replied at 23-7-2022 10:04 PM
tp klo dementia , adalah tinggal jejak jugak kan. Perut lapar jugak nk cari makan. Ntahla cuma tau ...

takut tang bab personality changes tu and org ambik kesempatan je and compeomised the security. So i speculating sebba tu i just haraplah semoga ALlah mudahkan carian and mudahkan selamatkan segala galanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lista replied at 23-7-2022 07:23 PM
Itulah pasal...anaknya, saudaranya takde nak war2kan kehilangan Zalina ni? Member Ras Adiba tu yg  ...

Ras adiba ckp deyols cuma in contact dgn polis jek utk cari info and kalo ade petunjuk, deyols yg pass info kat polis. Kuarge zalina taknak diganggu katanye
Kesiannnn tak kisah la zaman muda zalina ni jadi gundik raja ke apa. Bila dia hilang mcmni, waris lebih pentingkan airmuka privasi bagai ni mmg tak patut la. Benda ni melibatkan keselamatan dan nyawa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.542003 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list