View: 944|Reply: 12
|
[Jenayah]
Tempat riadah keluarga ditukar kepada litar untuk Mat Rempit lepas gian
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 23-7-2022 02:03 PM
ALOR SETAR: Lokasi di Gunung Keriang sepatutnya dijadikan tempat riadah keluarga pada cuti hujung minggu di Kedah.
Namun, sebaliknya yang berlaku di mana sekumpulan individu menjadikan lokasi berkenaan sebagai litar lumba sehingga mencetuskan ancaman serta gangguan kepada orang ramai.
Kegiatan kumpulan ini bagaimanapun telah diintip sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, yang bertindak mengepung dan menahan individu terbabit pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, selepas serbuan dilakukan, sebanyak 77 motosikal, 30 kereta dan 120 individu ditahan.
Sejumlah 86 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal motosikal dan 30 pemandu kereta.
Antara kesalahan termasuk tidak memiliki lesen memandu, ubah suai kenderaan, tiada cukai jalan dan tamat tempoh, serta kesalahan berlumba.
"Kebanyakan kesalahan ini tidak mempunyai lesen memandu dan juga ubah suai motosikal.
"Ini kesalahan paling banyak dan ada juga di antara pemandu kereta ini yang sebagai penonton, mereka juga tidak mempunyai lesen memandu dan kita keluarkan saman ke atas mereka juga," kata Ahmad Shukri.
Katanya lagi, kesemua mereka yang ditahan berusia di antara 16 dan 30 tahun, termasuk pelajar sekolah.
Jelas Ahmad Shukri, ibu bapa dan penjaga ini dipanggil dan diberi nasihat supaya mengawasi dan memantau pergerakan anak mereka.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/120-ditahan-jadikan-kawasan-rekreasi-gunung-keriang-litar-lumba-haram-372496
|
|
|
|
|
|
|
|
Jilaker la mat2 rempit. Bila mampos sebab accident, dia anak yg baik…. |
|
|
|
|
|
|
|
so nanti bila seko2 mamps ... harus la mak pak/ bini ckp saya kenal anak/laki saya
tiada simpati buatmu mat rempit oii.. 
kohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh  |
|
|
|
|
|
|
|
Pihak berkuasa sila jalankan tugas dengan penuh keikhlasan |
|
|
|
|
|
|
|
UAI berkata, jika seseorang itu eksiden dan meninggal dunia ketika sedang berlumba haram maka ini diklasifikasikan kes bunuh diri.
 |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 23-7-2022 01:05 PM
UAI berkata, jika seseorang itu eksiden dan meninggal dunia ketika sedang berlumba haram maka ini di ...
Dosa besar tuh kalau bunuh diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Tapi mungkin mat2 rempit ni xtau atau buat2 xtau yg lumba haram ni boleh bawa dorang terus ke 'melaka' 
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa ramai yg xda lesen memandu woooii |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe
Mereka anak.yang baik
Hormat orang tua. |
|
|
|
|
|
|
|
orang yang mati bunuh diri ni, kalau dia muslim, kubur dia diasingkan, kan? macam kat luar pagar sebegitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Gianni Versace tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg sodap sgt berlumba bagai
|
|
|
|
|
|
|
| |
|