View: 1092|Reply: 4
|
[Tempatan]
Sesak 7 kilometer, lori kontena terbalik merentangi lebuh raya
[Copy link]
|
|
Sesak 7 kilometer, lori kontena terbalik merentangi lebuh raya

KEADAAN lori kontena yang terbalik di KM318.4 Lebuhraya PLUS arah selatan. FOTO ihsan polis
Tapah: Laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan ditutup sementara berikutan sebuah lori kontena muatan sarung tangan terbalik di Kilometer 318.4, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian jam 3.30 petang.
"Kemalangan membabitkan lori kontena yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merentangi lebuh raya.
"Dalam kejadian itu, pemandu lori berumur 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, kejadian menyebabkan dua lorong arah selatan terhalang dilalui semua jenis kenderaan dan ditutup sepenuhnya.
"Pihak polis dan PLUS sedang membuat kawalan dan pemantauan, sementara kerja-kerja mengalih kenderaan giat dijalankan.
"Berikutan kejadian itu, laluan lebuh raya ke selatan ditutup sepenuhnya dan semua kenderaan diarahkan keluar menggunakan susur keluar di Plaza Tol Gopeng," katanya.
Wan Azharuddin berkata, kenderaan boleh masuk kembali ke lebuh raya dengan menggunakan susur masuk di Plaza Tol Tapah.
Katanya, kemalangan menyebabkan berlaku kesesakan kira-kira tujuh kilometer dan polis membuat pemantauan di persimpangan keluar di plaza Tol terbabit.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rentangi-lebuh-raya
|
|
|
|
|
|
|
|
palat darat dan hilang kawalan berpisah tiada  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goodluckdontcry at 23-7-2022 11:43 PM
Minggu Lepas, den BLK kampung..ya rabbi..treler pjg potong kereta dinaiki den Di highway..tgh Malam plak tu..gelap..den duk lane Kiri..die pecut Di lane Kanan..Rasa mcm nak tercabut jantung den terkejut..giler BTL..tahla bile ade ape2 kemalangan melibatkan Lori..den jadi xde perasaan SBB perangai pemandunya..mmm sakitkan Ati je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah brake kn???
Tau dahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
makin menjadi2 plak kes lori |
|
|
|
|
|
|
| |
|