CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1040|Reply: 6

[Tempatan] 'Berkat doa ibu selama sembilan bulan'

[Copy link]
Post time 23-7-2022 10:06 PM | Show all posts |Read mode
'Berkat doa ibu selama sembilan bulan'


Anggota bomba berusaha menarik keluar kereta mangsa daripada sungai dekat Nenasi.


JOHOR BAHRU: "Saya bersyukur sangat, akhirnya Allah SWT makbulkan doa saya selama sembilan bulan untuk bertemu anak saya dalam keadaan apa cara pun dirinya," kata Azmawati Ab Kadir, 55.

Azmawati adalah ibu kepada Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu, ketika dalam perjalanan pulang dari rumahnya di Taman Air Biru ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

Katanya, kini sudah bertolak ke Hospital Pekan, Pahang setelah menerima panggilan pihak polis berhubung penemuan kenderaan milik anaknya, Grand Livina bernombor pendaftaran WWF 3187 pada tengah hari tadi.


Keadaan kereta mangsa dipenuhi lumpur sejurus berjaya keluarkan dari sungai dekat Nenasi.


"Pada mulanya, ada orang awam menghubungi saya sebab ingat berita viral di facebook berhubung kehilangan anak sulong saya. Dia maklumkan nampak kereta arwah dalam sungai di sana. Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan dari pihak polis memaklumkan perkara sama, lebih kurang jam 1 tengah hari.

"Saya yakin memang itu adalah anak saya, kerana jenis kereta dan nombor pendaftaran kenderaan sama dengan kereta anak saya.



Anggota bomba berusaha mengeluarkan jasad mangsa yang masih berada dalam kereta dipandunya.


"Kebetulan seorang anggota bomba itu kawan anak, memaklumkan maklumat peribadi termasuk beg kerja, baju kerja dan kad kerja atas nama anak saya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azmawati berkata, penantiannya bersama keluarga selama sembilan bulan sudah berakhir.

Katanya, beliau reda, lega dan bersyukur jasad anak saya yang hilang sejak Oktober tahun lalu dapat ditemui.

"Saya berdoa setiap malam, supaya Allah SWT temukan kami dalam apa jua bentuk keadaan anak. Sebagai orang Islam saya tahu, anak saya milik Allah SWT.

"Walau apa bentuk sekalipun tidak mengapa, Alhamdulillah Allah SWT makbulkan doa saya," katanya yang memaklumkan anaknya sudah lebih sebulan bekerja di Terengganu, ditemui selepas kenderaannya kelihatan apabila Sungai Api-api di Nenasi, Pekan, Pahang sedikit surut.

Bercerita lanjut, Azmawati berkata, tepi sungai terbabit sememangnya menjadi laluan anaknya setiap kali untuk pulang ke tempat kerja di Terengganu.

Katanya, sejak malam 29 Oktober tahun lalu, anaknya hilang dan tidak dapat dihubungi, dia sekeluarga mencari dan melalui jalan terbabit.

"Dalam tempoh sebulan selepas kehilangan anak saya, saya sekeluarga ada mencarinya di laluan ini beberapa kali tetapi tidak menemui sebarang petunjuk.

"Banyak kali lalu jalan ini, kerana ini adalah jalan anak untuk pulang ke tempat kerja," katanya yang mempunyai dua anak.

Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial tahun lalu, apabila adiknya memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dikesan.

Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang jam 1.30 pagi pada 29 Oktober ke Terengganu dengan memandu kereta miliknya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... lama-sembilan-bulan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2022 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lagik wujud la volunteers cari orang hilang dalam air di tanahair ini persis di US sana. Korang nantikan saja channel Youtube sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 11:11 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 23-7-2022 10:11 PM
Tak lama lagik wujud la volunteers cari orang hilang dalam air di tanahair ini persis di US sana. Ko ...

yaa meols ada tengok , best sangat

yg terer guna google map pun boleh jumpa keta dlm tasik
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni kalau terjadi kes² yang hampir serupa, boleh tak kerahkan pasukan penyelamat untuk check sungai² di sepanjang laluan? sebelum ni pun dah pernah terjadi kes yang sama..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah ada closure utk family arwah
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainna ilaihirajiunn.. Sekarang makcik blhla bertenang ye..redha Dan tenang2 saja..semoga makcik diberikan ketenangan Dan dipermudahkan segala urusan..amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2022 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.371641 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list