View: 2442|Reply: 26
|
Cecah Ratusan Ringgit Sepinggan, Restoran Di Pahang Kantoi Hidang Daging Buaya Seludup
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Tawar hidangan istimewa daging buaya seludup pada harga mencecah ratusan ringgit bagi setiap hidangan.
Itu antara kegiatan pemilik sebuah restoran di Bentong, Pahang, yang diserbu sepasukan pegawai Jabatan Taman Negara dan Hidupan Liar Semenanjung Malaysia (Perhilitan).
Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kejayaan rampasan itu adalah hasil Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) membabitkan 14 anggota Jabatan Perhilitan dan anggota Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Pahang di premis itu kelmarin.
Foto: Harian Metro
Menurutnya, hasil pemeriksaan dilakukan, pihaknya menemui empat bungkus disyaki berisi daging buaya di dalam peti sejuk di premis itu.
"emilik premis berusia 48 tahun gagal menunjukkan sebarang lesen sah memiliki daging haiwan dilindungi itu dari Jabatan Perhilitan.
"Individu terbabit didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Susulan itu semua daging buaya itu dirampas untuk tindakan lanjut." katanya.
Sementara itu dalam satu lagi kes berasingan, pihaknya menahan tiga lelaki tempatan dan merampas dua senjata senapang angin buatan sendiri di Bera, Pahang.
Kadir berkata, rampasan itu dilakukan hasil rondaan OBK membabitkan anggota Perhilitan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Orang Asli (Vetoa).
Menurutnya, operasi dilakukan di kawasan Tapak Ramsar di Tasek Bera, Pahang, kelmarin sebelum pihaknya menahan tiga suspek lelaki tempatan yang disyaki melakukan aktiviti pemburuan haram.
Foto: Harian Metro
"Ketika ditahan mereka didapati menyimpan dua ekor hidupan liar disyaki pelanduk tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia.
"Turut dijumpai bersama suspek ialah dua laras senapang angin dan satu bilah pisau. Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Triang, Pahang dan semua suspek serta barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya," katanya.
Sementara itu dalam satu lagi serbuan di ladang sawit di Mersing, Johor, Khamis lalu, pihaknya menahan tiga lelaki tempatan sebelum merampas bahagian badan hidupan liar disyaki babi bodoh yang sudah dilapah.
"Turut dirampas adalah bahagian kepala hidupan liar disyaki babi bodoh itu. Semua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran daripada Jabatan Perhilitan untuk menyimpan bahagian hidupan liar berkenaan. Barang kes yang disita kemudian dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Mersing untuk tindakan lanjut," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bahagian badan hidupan liar disyaki babi bodoh yang sudah dilapah
nama dia mmg bodoh ke.
mcm ikan yu bodoh,.. gtu? |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 24-7-2022 11:27 AM
nama dia mmg bodoh ke.
mcm ikan yu bodoh,.. gtu?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dah lah hodoh, dinamakan babi bodoh pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pulak babi bodoh. And then sedap sangat ke daging buaya tu…. Macam-macamlah korang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Memang muka natang babi bodoh macam tu ka |
|
|
|
|
|
|
|
aduh benda pe je la depa ni mkn |
|
|
|
|
|
|
|
Ehh jap pening plak... Apsal xleh hidang daging buaya sampai kena seludup? Bkn skang ni buaya dh bleh diburu dan dibunuh ke sbb dh terlalu banyak?
|
|
|
|
|
|
|
|
org melayu blh mkn x dgg boya |
|
|
|
|
|
|
|
melayu islam ke melayu kapir? @pooh_key
|
|
|
|
|
|
|
|
edee_91 replied at 24-7-2022 07:13 PM
melayu islam ke melayu kapir? @pooh_key
melayu isele
melayu kapir tu nk mkn dgg boya? dgg noreen pun dorg takmo..tp teguk arak no 1 |
|
|
|
|
|
|
|
Dahulu di satu supermarket di kota Kinabalu ada banyak jual daging buaya beku. Terkejut tengok, pilih pilih rupanya daging buaya! |
|
|
|
|
|
|
|
Masa zaman meols sekolah dulu kat Bentong, ada kawan cainis meols memang setiap bulan akan makan kat kedai hidangan exotic spt sup labi2, otak kera/monyet. Ntah2 kedai yg sama kot. Bentong tu besar mana lah sangat pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Oooo..baru ku tau, bornean bearded pig = babi bodoh. New things to learn everyday. Hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru tau kewujudan babi bodoh nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Aiol plak bca laju sngt smpai tr-miss part "babi bodoh" ni haha, sbb lbih fokus kat dging buaya tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bak kta forumer kat ats, dh lh hodoh, d pnggil bodoh plak, adoi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by airfilterkotor at 25-7-2022 03:50 AM
" Pemilik premis berusia 48 tahun gagal menunjukkan sebarang lesen sah memiliki daging haiwan dilindungi itu dari Jabatan Perhilitan."
Haiwan yg dilindungi Perhilitan jika bela tanpa lesen pun boleh didakwa apatah lagi kalau dicincang-cincang buat lauk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau buaya tu lantak jela dorang mkn, drpd buaya tu mkn org baik laa puak2 ni mkn dia dulu.
Kan berlambak2 buaya kat sungai la ni terutama belah sarawak sana tu.
Asik duk ngap orang je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|