CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8295|Reply: 97

Semua Persiapan Dah Siap Tapi Tak Jadi Kahwin, Bakal Suami Buat Hal 3 Hari Sebelum Nikah

[Copy link]
Post time 24-7-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Pelamin anganku musnah!


Itulah bait yang sesuai bagi menggambarkan situasi yang dilalui oleh wanita ini apabila majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan kerana bakal pengantin lelaki menarik diri.


Lebih perit, wanita ini menerima mesej daripada bakal suami memaklumkan hasratnya untuk tidak meneruskan pernikahan tiga hari sebelum majlis berlangsung.








"Dukacita memaklumkan akad nikah saya yang sepatutnya berlangsung pada 24 Julai 2022 dibatalkan," demikian tulis wanita itu pada perkongsian di laman sosialnya.


Tidak keberatan berkongsi cerita bersama mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Ain berkata, lelaki tersebut memaklumkan 'enggan meneruskan perhubungan' mereka menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.


"Saya dapat tahu pukul 11.51 malam, pada 20 Julai. Terduduk... mampu sebut Allahu sahaja, menangis sorang-sorang, masih tak percaya dan rasa masih boleh menyelamatkan apa yang sudah dirancang.


"Waktu itu saya tengah kemas-kemas baju sebab bakal berangkat dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Kedah pada pagi 21 Julai.


"Dah selesai kemas, saya terus ke Shah Alam untuk jumpa dia (bakal suami) dari Hulu Langat sebab saya rasa bila face to face boleh bincang dengan elok.


"ukul 3 pagi saya sampai Shah Alam tunggu dia habis kerja pukul 5 pagi, saya pujuk dia balik Kedah sama-sama, tarik tangan dia tapi dia tetap cakap tak boleh... sebab kerja, tak cuti.


"Bila tanya kenapa tak ambil cuti, dia cakap sebab tak boleh... berterusan ulang-ulang kata tak boleh," kongsi wanita berusia 22 tahun ini.




  



Menurut Nur Ain, lelaki yang dikenalinya sejak Mac tahun lalu itu langsung tidak menunjukkan perubahan atau sikap yang aneh sebelum membuat keputusan drastik mahu membatalkan pernikahan.


"Tidak pernah ada keraguan. Dia baik, tidak berkira dan pendiam orangnya," ujarnya yang bekerja sebagai eksekutif jualan di sebuah syarikat.


Nur Ain berkata, disebabkan pembatalan tersebut, perbelanjaan yang sudah diperuntukkan untuk majlis seperti kos persalinan, makanan, hantaran serta cenderahati untuk tetamu 'hangus' begitu sahaja.


Sementara itu bayaran untuk jurusolek dan jurugambar dapat diperolehi semula tanpa deposit yang sudah didahulukan.


"Bagi saya, kalau dah tak nak teruskan, boleh beritahu elok-elok dan awal-awal lagi.


"Call parents kita cakap tak boleh teruskan. Sakit masa awal tu tak sesakit waktu semua persiapan dah settle," luahnya lagi.


Masih bersedih dengan apa yang sudah berlaku, Nur Ain berkata dia memilih untuk reda dan paksa diri untuk kuat menghadapi ujian yang sama sekali tidak dibayangkan.


"Saya merasakan jikalau saya teruskan bersedih untuk orang yang tidak memberi manfaat untuk saya adalah perkara yang sia-sia, saya perlu paksa diri saya untuk kuat," ujarnya.


Sukar untuk membayangkan bagaimana melalui detik yang sepatutnya menjadi hari bahagianya, Nur Ain berkata dia hanya menghabiskan masa bersama keluarga di kampungnya di Sungai Petani, Kedah.


"Saya habiskan cuti saya di kampung. Saya akan berhenti kerja di Hulu Langat dan akan balik ke pangkuan baba (bapa) di kampung," ujarnya lagi.


Sekadar mahu berkongsi kisah sedih yang dialaminya, Ain tidak menyangka perkongsiannya itu mengundang perhatian ramai.


"Apa yang boleh saya sampaikan, adat kita cantik, persediaan untuk perkara-perkara begini kena ada seperti hantaran, merisik dahulu, bertunang dahulu, perbincangan tu kena detail, surat hitam putih perjanjian kena ada.


"Namun saya mengaku ada juga salah dari diri saya dan saya sudah meminta maaf ketika memberitahu dia," akhirnya.


Sehingga kini perkongsian Nur Ain di aplikasi TikTok meraih lebih 1.3 juta jumlah tontonan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 12:27 PM | Show all posts
angkara @Kurex la ni.. iols syak bakal suami tu dah tergoda dengan kesyantikan kurex
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kes macam ni boleh saman ganti rugi tak agak agak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
"Sementara itu bayaran untuk jurusolek dan jurugambar dapat diperolehi semula tanpa deposit yang sudah didahulukan."

Apa maksud ayat ni, wartawan oi?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 01:31 PM | Show all posts
"Namun saya mengaku ada juga salah dari diri saya dan saya sudah meminta maaf ketika memberitahu dia,"

clue nya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah.salah kau?
Pasni boleh amek.review
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2022 02:01 PM | Show all posts
lelaki tu dah jawab. perempuan ni keluar dengan lelaki lain.
peliknya muka desa macam ni punnnn gigih nk buat hal. last kopek sebelum kawen kottt
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 02:01 PM | Show all posts
isbritneybich replied at 24-7-2022 01:31 PM
"Namun saya mengaku ada juga salah dari diri saya dan saya sudah meminta maaf ketika memberitahu dia ...

curang zisss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tengok muka dia!!! Nak tengokkkkkk!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
bonquiqui replied at 24-7-2022 02:01 PM
lelaki tu dah jawab. perempuan ni keluar dengan lelaki lain.
peliknya muka desa macam ni punnnn gigi ...


Laki tu jawab kat mane?
Tapi awat family laki tu tak tau pon depa nak nikah?
Agaknya dah lame tawar hati...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bonquiqui replied at 24-7-2022 02:01 PM
lelaki tu dah jawab. perempuan ni keluar dengan lelaki lain.
peliknya muka desa macam ni punnnn gigi ...

Keluar dengan kawan je atau bf? Entah apa2 lah, dah nak kawin gi buat perangai

Oke ex tunang tegas dalam hal ini, kalau betul pompuan nie curang sebelum nikah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pelik, keluarga laki tu pon x tau laki tu nak nikah. How?

Kau x jumpa keluarga belah lelaki ke lepas tunang, tetapkan tarikh nikah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 02:43 PM | Show all posts
"Namun saya mengaku ada juga salah dari diri saya dan saya sudah meminta maaf ketika memberitahu dia," akhirnya.



sangat rare bila pompuan mengaku salah.

selalu nya pompuan ni pun tak tahu apa salah dia,
or tektik manipulation paling best - gaslighting,  
dia boleh buat partner dia tu yang rasa salah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 24-7-2022 01:25 PM
"Sementara itu bayaran untuk jurusolek dan jurugambar dapat diperolehi semula tanpa deposit yang sud ...

Mungkin dia kena bayar 10% depo utk lock tarikh...itu hangus...

And dia dah bayar baki 90% beransur ansur sebelum hari majlis...perhaps around 50%...so duit itulah yg dikembalikan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 04:11 PM | Show all posts
bonquiqui replied at 24-7-2022 02:01 PM
lelaki tu dah jawab. perempuan ni keluar dengan lelaki lain.
peliknya muka desa macam ni punnnn gigi ...

tgk kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 04:24 PM | Show all posts
bsepah news ni kat IG dari td baca penat baca komen.

perempuan ni kantoi curang, jam 2 pagi kelaur dgn lelaki lain. tunang mana yg x bengang?

ape keluar saje2 ke jam 2 pagi tu wahai kaum adam hawa sekalian, kalau kita kat tempat lelaki tu, kita buat apa?

ada yg komen prmpuan ni konon nk dedahkan side dia teraniaya, tp last2 terbuka aib sendiri yg sbnrnya dia yg salah sb tu lelaki tu x nak teruskan majlis kawin.

kalau diri sdri dh salah, baik diam x pyh nk viral2kan ape ingat org akan bsimpati tanpa cari gali punca ke? x psl2 org tau ko keluar ngn jantan lain padahal dh dekat nk nikah dh pun, sape wat hal skg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2022 04:26 PM | Show all posts
bonquiqui replied at 24-7-2022 02:01 PM
lelaki tu dah jawab. perempuan ni keluar dengan lelaki lain.
peliknya muka desa macam ni punnnn gigi ...

tempek sikit muka desa nan permai bg semua tgk. iols x jumpa kat ig
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 04:27 PM | Show all posts
salah WALI perempuan tu lar..

sstgh pmpn ni boleh jadi bodoh+bangang, even ada double PhD, klu dh bercinta , laki tu pembunuh pun dia tak perasan
pmpn tu nk aja kawin ikut hati dia.

wali pmpn tu, takde usaha nk siasat ka bakal menantu?, org2 dulu siap pergi balai polis, tanya bakal menantu, besan tu camne, ada buat hal ke tak, yang famili ko buat apa?, igt main kawin pondok2 cm budak2 ka? ada tulis komen, famili laki sakit, sebab tu tak buat merisik, (kepala hotak ko la pmpn), apa lelaki tu takde waris lain ka nk buat???

cam bahlol punya cite je..

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 04:29 PM | Show all posts
isbritneybich replied at 24-7-2022 01:31 PM
"Namun saya mengaku ada juga salah dari diri saya dan saya sudah meminta maaf ketika memberitahu dia ...

clue : curang   
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh kantoi curang
Kesian. Lelaki ni tegas yakmat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.468038 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list