CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1607|Reply: 10

Misteri Penemuan 248 Janin Awet Dalam Tong Di Hutan Terpencil

[Copy link]
Post time 25-7-2022 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Penemuan mengejutkan seorang nelayan ketika meninjau satu kawasan hutan terpencil membawa kepada penyiasatan besar-besaran di Rusia.


Difahamkan, dia yang sedang memancing ketika kejadian ingin mencari kayu untuk membuat unggun api di hutan tersebut. Namun, ketika meninjau kawasan berkenaan, dia terjumpa empat tong air.


Alangkah terkejutnya nelayan itu apabila menemui janin yang diawet dalam larutan formalin sebaik melihat ke dalam tong tersebut.




Daily Star




Daily Star melaporkan, sebanyak 248 janin bayi ditemui di dalam tong yang dibuang berselerakan di hutan tersebut.


Berikutan kejadian, nelayan terbabit segera memaklumkan penemuan mengejutkan itu kepada pihak berkuasa.


Pihak berkuasa kemudian memaklumkan ia adalah 'sisa bioperubatan' dari sekurang-kurangnya tiga hospital di wilayah Ural.


Penemuan di kawasan hutan yang terletak kira-kira 70 kilometer di utara bandar Yekaterinburg itu dibuat pada 24 Julai 2012.


Janin tersebut kemudian ditempatkan di bilik mayat di bandar Nevyansk berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.


Timbalan ketua kerajaan wilayah, Vladimir Vlasov menyifatkan kes itu sebagai 'luar biasa' tetapi berkata beliau percaya penyiasat akan segera mencari 'dalang' dan memberi jaminan mereka yang bersalah akan dihukum.


Menurut agensi berita Rusia RT, sebuah syarikat pelupusan sisa perubatan yang berpangkalan di luar bandar Ekaterinburg mungkin berkait rapat dengan kes pembuangan janin tersebut.


Sungguhpun sudah 10 tahun berlalu, penemuan mengejutkan itu masih kekal misteri dan tidak diketahui sama ada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.




Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2022 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
uiiiissshhh punyaaaa la banyak. apa la kisah sebenar disebalik semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamba buang merata.


Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
La 10 tahun lalu..kekal misteri x dpt carik sape dalangnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 25-7-2022 09:35 PM
Selamba buang merata.

Adrenochrome tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa meols form 4, kitorg floating class. Abes je 1 subjek kene angkut bag pegi kelas lain yg kosong. Ada tu kat lab. Kalau dpt kat lab, meols suka sbb ada byk botol2 ada mcm2 jenis haiwan termasuk lah janin yg dah lengkap.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 09:40 AM | Show all posts
teringat cerita hantu thailand pasal abortion klinik tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2022 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 25-7-2022 11:11 PM
Masa meols form 4, kitorg floating class. Abes je 1 subjek kene angkut bag pegi kelas lain yg kosong ...

Janin apa tu janin baby ke janin betul?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2022 12:42 PM | Show all posts
Nak buat syampu dari janin kot tup tup kilang bankrup
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2024 09:34 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050030 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list