CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1832|Reply: 18

[Dunia] Beribu-ribu tan pakaian ‘bundle’ Britain jadi longgokan sampah di Ghana

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:15 PM | Show all posts |Read mode

Timbunan sampah pakaian dari Britain ini digelar sebagai Obroni W’awu atau pakaian orang kulit putih yang telah mati. - Shutterstock


Beribu-ribu tan pakaian ‘bundle’ Britain jadi longgokan sampah di Ghana

ACCRA, Ghana – Beribu-ribu tan pakaian terpakai yang ‘didermakan’ oleh Britain kepada negara miskin, Ghana bertukar malapetaka apabila menjadi timbunan sampah yang memenuhi pantainya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Bungkusan pakaian dikenali penduduk tempatan sebagai ‘Obroni W’awu’ atau ‘pakaian orang kulit putih mati’ itu dibeli secara pukal oleh penduduk tempatan dengan harapan dapat menemui beberapa helai baju atau seluar berkualiti baik untuk dijual semula.

Apa-apa sahaja yang tidak lagi bernilai atau tidak laku di gerai-gerai di Pasar Kantamanto yang terletak dekat dengan pantai, akan dibuang dan akhinya menjadi timbunan sampah setinggi 9  meter.

Bermula dari situ, arus akan menghanyutkan sampah pakaian itu ke Lagun Korle dan seterusnya ke laut.

Organisasi bantuan menganggarkan sebanyak 40 peratus pakaian yang tiba di Ghana dibazirkan dengan cara  seperti itu.

Masalah menjadi semakin buruk apabila anak-anak muda yang mementingkan trend tetapi tidak memiliki banyak wang, berlumba-lumba memenuhi almari pakaian mereka dengan barangan fesyen terpakai itu.

Britain adalah pengeksport pakaian terpakai kedua terbesar di dunia, sebahagian besarnya disebabkan penduduknya mengitar semula 70 peratus pakaian mereka sekali gus antara kadar tertinggi di mana-mana negara.

Kebanyakan baju kitar semula itu disumbangkan kepada kedai amal atau diletakkan ke dalam tong kitar semula atau beg oleh penduduk tempatan yang berniat baik dan  menganggap mereka melakukan sesuatu yang baik.

Separuh daripada keseluruhan pakaian terpakai itu  dijual semula secara tempatan dan bakinya akan dieksport. Pakaian terpakai untuk eksport  itu dibungkus dalam guni besar dan dijual pada harga serendah £100 (RM542) setiap tan kepada sesiapa yang sanggup mengambilnya.

Kebanyakannya bungkusan tersebut berakhir di Ghana, di mana peniaga tempatan membeli lebih daripada AS$80 juta (RM356 juta) pakaian terpakai Britain untuk  tahun lepas sahaja. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... an-sampah-di-ghana/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols beli kat bundle selalu jumpa baju seluar dari jepun.


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:23 PM | Show all posts
dari Britain kan, ada brand Burberry tak?

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kain baju sekarang bukan laku pun nak jual second hand. Kecuali kau jual 20sen. Even bagi percuma pun orang pilih2. Sebab tu lah iols berhati2 nak membeli baju baru
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols jual baju bundle kat shopee. Sekarang ni persaingan banyak
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Merata kedai bundle keliling area ni..dari jepun,Korea,us ,UK ..pilih je. Dari baju,kasut,perabot ,handbag Dan macam2. Memang dah jadi macam pusat buangan .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2022 10:10 AM | Show all posts
aku tengok business bundle ni mcm money laundry ja...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak minat / support product bundle sebab mcm ni, lebih nyk sampah dihasilkan dari sepatutnya, bila dah commercialkan mmg la fikir nak untung aje mana ada fikir pasal environment & waste management dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Murah juga guni bundle dia.... Seharusnya dalam tu bnyk sampah... Sedangkan guni ribu riban pun sampah LOL
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 11:54 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-7-2022 11:23 PM
dari Britain kan, ada brand Burberry tak?

x main la beli second hand - pak mael



Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 12:30 PM | Show all posts
Years ago first time pi obersi agak pelik tengok omputih ni segala benda dari perabut sampai ke baju sekolah ada jual second hand.

Aku suka juga singgah kat cash converter kalau2 ada art work yang menarik kerana bagi aku art work takde istilah second hand. Sedeh bila orang nak dispose macam xde nilai.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah beli 1 Bale  utk buat Kat lap kat bengkel Masa dalm $150 je ...tp lepas tu pekedai tu bagi free je reject item dari bale yg depa pecah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:31 PM | Show all posts
Demo dok kenal bare
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:35 PM | Show all posts
Fb live pong jual bundle..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:35 PM | Show all posts
Fb live pong jual bundle..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakaian bundle ni kalau dah cuci betul2 bebas dari kuman? .
Contoh pengguna asal pernah mengidap penyakit kulit kusta, kayap, kurap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 05:57 PM | Show all posts
Say NO to bundle. Jijiks
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols sendiri tang baju tak per ah beli bundle sebab tak tau cara kedai bersihkan kan sini.  

Pasal ghana ni iols tengok docu kat bbc jugak dulu.  Memang dlm satu bundle lumped dgn kain koyak2 bagai tak leh guna last2 dersng bakar.  Habis semua tak environmentally friendly.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak beli pakaian second hand kt charity shops, tip dia adalah pergi area orang kaya/middle upper class. Sana ramai yang donate baju branded i.e. Hugo Boss, Armani etc. Masa student, selalu la pergi tapi bila dah kerja ni no time. Kalau outstation kat sana pun, meeting habis petang dan kedai semua dah tutup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.196553 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list