CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1980|Reply: 20

[Tempatan] Aset Tentera Laut ditentukan oleh geng politik

[Copy link]
Post time 4-8-2022 01:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sam1528 at 4-8-2022 01:59 PM

Muntri Pertahanan masa2 tersebut adalah Wak Jahid pastu Hishamuddin

“Memetik kenyataan Tan Sri Abdul Aziz, panglima tentera laut ketika itu, keputusan tersebut adalah ‘something is gravely wrong’ (sesuatu yang sangat tidak kena),” katanya pada sidang media di Parlimen.

kapal model Sigma yang dipilih TLDM telah diluluskan Mindef, tetapi ia ditukar kepada model Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS pada 8 Julai 2011.

Sumber :

                Mindef, Boustead abai pandangan TLDM berkait projek LCS, kata PAC                                                     FMT Reporters -

                    August 4, 2022 11:31 AM                                                        
                                                            
Wong Kah Woh berkata, pada asalnya, kapal model Sigma yang dipilih TLDM telah diluluskan Kementerian Pertahanan, tetapi ia ditukar kepada model Gowind atas syor Boustead Naval Shipyard. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata, Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Boustead Naval Shipyard (BNS) mengabaikan pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selaku pengguna akhir berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, pada asalnya, kapal model Sigma yang dipilih TLDM telah diluluskan Mindef, tetapi ia ditukar kepada model Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS pada 8 Julai 2011.

“Memetik kenyataan Tan Sri Abdul Aziz, panglima tentera laut ketika itu, keputusan tersebut adalah ‘something is gravely wrong’ (sesuatu yang sangat tidak kena),” katanya pada sidang media di Parlimen.

Wong mendedahkan perkara itu ketika membentangkan laporan PAC berhubung perkembangan perolehan kapal LCS dengan nilai kontrak RM9.1286 bilion antara 3 Okt 2013 hingga 2 Okt 2023.
                                                                                                           
Beliau berkata, tiada sebuah pun LCS yang diserahkan kepada kerajaan sehingga kini, walaupun RM6.08 bilion telah dibayar kepada BNS.

Katanya, mengikut jadual asal syarikat terbabit yang diberikan kontrak secara runding terus, ia sepatutnya menyerahkan lima unit LCS sejak 2013 hingga bulan ini kepada kerajaan.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, antara pegawai tertinggi yang dipanggil PAC, ialah menteri pertahanan pada 2011 ketika perjanjian itu dimeterai.

Wong berkata, laporan itu turut mendapati kerajaan gagal mengesan kedudukan kewangan lemah BNS berdasarkan pekeliling Perbendaharaan pada 2007 dan membayar pendahuluan berjumlah RM1.36 bilion.
                                                                                                                                                                           
“Surat pekeliling Perbendaharaan mendapati kedudukan kewangan syarikat BNS adalah lemah dan kritikal disebabkan salah guna kuasa dan kepincangan dalam pengurusan kewangan.

“Setakat 2018, hutang BNS kepada OEM sebanyak RM801 juta, manakala pinjaman BNS dengan institusi kewangan sebanyak RM956 juta.”

Katanya, terma kontrak juga “lemah” dan tidak memihak kepada kerajaan, malah pembayaran itu bukan berdasarkan kemajuan sebenar, sebaliknya hanya mengikut kemajuan aktiviti atau pembekalan item.

Dalam pada itu, laporan PAC turut mendedahkan rekaan akhir belum dimuktamadkan oleh kerajaan dan BNS.

“Hal ini menyebabkan arahan perubahan kerja (VO) dikeluarkan secara berterusan dan membuka ruang untuk manipulasi berlaku. Malah, pembayaran diterima tidak digunakan untuk projek LCS sepenuhnya menyebabkan BNS menghadapi ‘cost overrun’ sebanyak RM1.4005 bilion.

“Peralatan yang disimpan dalam stor bagi projek LCS dianggarkan berjumlah RM1.7 bilion dan dianggarkan 15% telah pun usang.”

Justeru, sebagai langkah penambahbaikan, PAC mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera terhadap semua penemuan laporannya.

“Mindef juga perlu membentangkan laporan kemajuan projek LCS setiap tiga bulan kepada PAC sehingga ia disempurnakan, iaitu 2 Okt tahun depan seperti perancangan awal.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 04:33 PM | Show all posts
kapal ni memang paling power dlam dunia....
sebab sampai sekarang terus halimunan...






hahahahar
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 04:37 PM | Show all posts

kapal ni memang paling power dlam dunia....
sebab sampai sekarang terus halimunan...






hahahahar
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 04:37 PM | Show all posts
Jerung2 besar kat Mindef yg kekenyangan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 04:48 PM | Show all posts
ctaz replied at 4-8-2022 04:33 PM
kapal ni memang paling power dlam dunia....
sebab sampai sekarang terus halimunan...

kapal ni murah je

ada terowong ajaib harga 6 biliiun.

one and only in the world
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Well well well
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Wong kah woh ni MP aku. saje la nak bagitau...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 04:52 PM | Show all posts
semoga ada neraka khas untuk org2 mcm ni...shibal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 05:21 PM | Show all posts
Dah 2-3 hari ni satu2 dilondehkan nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 05:35 PM | Show all posts
bila rakyat persoal ketelusan bajet tentera nanti ada suara sumbang cakap x patriotik. in reality case beginilah sering terjadi.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 4-8-2022 04:50 PM
Wong kah woh ni MP aku. saje la nak bagitau...

Makasih MP cino DAP. Kalau dia takde tak lah kita tau penyelewengan ini. Dapat juga kita tau rupanya pandangan & input professional dari TLDM dibakulsampahkan saja oleh puak Umno.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kes baru... Dah jadi barah pun
To be fair benda2 perolehan alatan pertahanan ni tak semestinya kalau kau ada duit kau akan dapat apa yg kau nak... Duit is just part of it
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 07:46 PM | Show all posts
bukan tentera laut sahaja...  jerung jerung ni sentiasa cari peluang ambil kesempatan.
tentera udara for the past few years PTU dia sangat tegas dan tak mengalah kepada politician, sebab tu tak ada pembelian walau banyak kabar angin bertiup. Kalau tak, memang jadi lubuk jerung lah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 09:06 PM | Show all posts
makan billion lepas ke sana sini sana sini sinun
curi milo 3 hari tros kedalam jatuh hukum
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 09:47 PM | Show all posts
pyropura replied at 4-8-2022 06:28 PM
Makasih MP cino DAP. Kalau dia takde tak lah kita tau penyelewengan ini. Dapat juga kita tau rupan ...

sbb PH-dapiq ni jugaklah pengerusi ,jawatankuasa PAC ni dapt kat pembangkang.tapi masa bn jadi pembangkang hampeh je.sbbnya klau beriya sgt terkena balik kat geng2,batang hidung sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2022 11:55 PM | Show all posts
Kalo takmo nak baca laporan tersebut


Dengar aje penjelasan Nurul Izzah dari FB dia :  https://www.facebook.com/nurulizzahanwar/videos/1180639942782560/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Keperluan TLDM jenis Sigma, puak yg.memandai2 tukar ke jenis Gowind tu kan boleh didakwa sebagai TREASON. Itu macam buat main2 keselamatan negara woiii hanat .  .
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:02 PM | Show all posts
Wak Jahit lg dikaitkan. Rasa2 kalo dia gol hari ni, ada chance masuk neraka paling bawah tak? Xde la keje lain, menjahanamkan negara je puak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:13 PM | Show all posts
orang  politik running the country
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah sound kat fb page military Malaysia post kapal laut masa tu kapal tak ubah macam kapal nelayan rasanya kapal nelayan lagi lawa lagi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.079470 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list