View: 1981|Reply: 21
|
[Tempatan]
Penjawat awam didakwa pecah cermin kereta, ugut wanita
[Copy link]
|
|
Penjawat awam didakwa pecah cermin kereta, ugut wanita
MOHD Nasir didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas dua pertuduhan memecahkan cermin kereta dan melakukan ugutan terhadap seorang wanita di persimpangan lampu isyarat, Kubang Kerian, Khamis lalu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Penjawat awam didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memecahkan cermin kereta dan melakukan ugutan terhadap seorang wanita di persimpangan lampu isyarat, Kubang Kerian, Khamis lalu.
Tertuduh, Mohd Nasir Husain, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh mendatangkan ketakutan kepada Wan Nur Athirah Wan Kamal, 35, dengan cara mengetuk cermin kenderaan mangsa menggunakan senjata tajam iaitu scapper hingga berlubang dan retak menyebabkannya mangsa ketakutan.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh melakukan khianat terhadap harta milik mangsa sama dengan memecahkan cermin sebelah pemandu kereta Perodua Axia menggunakan sebatang scapper, menyebabkan mangsa kerugian RM300.
Kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan itu dilakukan di persimpangan lampu isyarat Limbat, Kubang Kerian, di sini, pada 5.45 petang Khamis lalu.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Manakala untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Erdabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kelantan (YBGK), Ariyani Mohd Aamin.
Terdahulu, Siti Erdabayu memohon jaminan setimpal ditawarkan terhadap tertuduh, manakala Ariyani memohon jaminan minima kerana tertuduh yang bertugas di sebuah hospital hanya berpendapatan sekitar RM1,500 sebulan.
Mahkamah kemudian menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 15 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -kereta-ugut-wanita
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KELANTAN |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut perasaan sangat tak pasal2 kena hadap hukuman |
|
|
|
|
|
|
|
Apa jawatan tu? Ppk??
Adakah sejenis yg selalu m.i.a..gaji kene tahan..tiap minggu kene kaunseling..gaji bayaq ikut hari yg dtg saja, pakai cek?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Tum, sila upload bendera |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg celaka betul org macam ni... Mentang2 perempuan dia berani lah. Cuba kalau 2-3 org lelaki dalam tu, ada berani ke? Sila ambil tindkan sewajarnya atas mamat ni sebab jadi road bully |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dh mendapat…hari tu tgk video dia pecahkan tingkap tu pun dh rasa seriaunya org mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
mana teloq? hilang ka.....sskjp bath naked babik ko |
|
|
|
|
|
|
|
Penjawat awam ni kerja apa.
Polis
Cikgu
Tentera
Eh bnyk lagi...
Awat x terperinci lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang jawatan, hilang pencen. Bila papa kedana nanti salahkan Cina, salah Dap |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang jawatan, hilang pencen. Bila papa kedana nanti salahkan Cina, salah Dap |
|
|
|
|
|
|
|
Nnoor2 replied at 4-8-2022 09:21 PM
Penjawat awam ni kerja apa.
Polis
Gaji 1.5k,.keja sepital. Tukang mandi mayat lar kot. |
|
|
|
|
|
|
|
menunduk plak jalan
dlm video acah2 gangsta bagai
adoi pokcik2 |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 5-8-2022 01:03 AM
Hilang jawatan, hilang pencen. Bila papa kedana nanti salahkan Cina, salah Dap
Tak hilang apa² lah....
Diambil tindakan tatatertib je.....atau di tukar ke sabah 24jam
Puro² tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
MsIda replied at 4-8-2022 05:52 PM
Mmg celaka betul org macam ni... Mentang2 perempuan dia berani lah. Cuba kalau 2-3 org lelaki dalam ...
I setuju. Berani dengan perempuan je ni. Lelaki macam ni hakikatnya insecure dengan perempuan yang lebih kaya, lebih berjaya, lebih educated, pendek kata lebih segalanya dari mereka. Sedih kehidupan dan cara pemikiran dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat aiol spesis sembur2 vape rokok depan muka org lain, hujung2 anak2 mereka asik keluar masuk hospital penyakit pernafasan |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 5-8-2022 06:02 AM
Tak hilang apa² lah....
Diambil tindakan tatatertib je.....atau di tukar ke sabah 24jam
kalau sabit kesalahan, smua kelayakan pencen,gratuiti akan hilang, xdpt apa2 keistimewaan dah mcm pnjawat awam yg lain...mcm keja free of charge slama btahun2...ikut amarah, rugii |
|
|
|
|
|
|
|
Mengaku x besalah pasaipa video bukti pun ada pokcik.. kalau ada anak bini, bini xkeje haruu la |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai org komen ni bukan penjawat awam tp kakitangan syarikat yg laksanakan kerja selenggara di hospital...
Portal berita nak sensasikan kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|