CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 852|Reply: 3

[Tempatan] Penghantar p-hailing lancar boikot esok

[Copy link]
Post time 4-8-2022 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Penghantar p-hailing lancar boikot esok



Boikot daripada penghantar p-hailing dimaklumkan menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun twitter #PartTimeKL pada Khamis sebagai tanda solidariti kepada penghantar makanan. Posting itu menjelaskan penghantar makanan tidak akan beroperasi selama sehari esok.



KUALA LUMPUR: Semua penghantar p-hailing dijangka melakukan boikot dengan tidak akan beroperasi selama 24 jam esok sebagai tanda tidak berpuas hati dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

Perkara itu diakui oleh Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Zulhelmi Mansor yang memaklumkan, penghantar p-hailing akan boikot selama sehari esok.

Beliau berkata, walaupun bukan dianjurkan oleh persatuan, tetapi pihaknya bersolidariti bersama penghantar yang terbabit kerana apa yang menjadi ketidakpuasan hati mereka adalah isu sama yang sudah dibawa pihaknya namun tiada penyelesaian.

"Isu yang timbul terhadap penghantar p-hailing adalah isu berulang yang persatuan juga sudah bantu pertahankan sebelum ini.

"Ia termasuk isu kadar upah yang tidak menentu atau tidak tetap dan dimanipulasi syarikat serta isu tambang yang tidak setimpal dengan aplikasi yang menekan penghantar p-hailing.

"Mungkin dengan cara ini (memboikot) boleh memberi tekanan kepada syarikat penyedia perkhidmatan," katanya kepada BH hari ini.

Zulhelmi berkata, dia difahamkan tindakan itu sudah dirancang oleh penghantar p-hailing sejak dua hingga tiga minggu lalu namun hari ini ia mula tular.

Dia juga menjangkakan, hampir semua penghantar p-hailing akan mengambil tindakan memboikot.

"Apa yang persatuan dan penghantar p-hailing mahukan daripada tindakan yang dibuat ini adalah supaya syarikat penyedia perkhidmatan tidak memandang mudah dan peka dengan kebajikan penghantar.

"Selain itu, kita juga mahu kerajaan tahu dan ambil tindakan terhadap masalah dihadapi penghantar ketika ini.

"Saya yakin kerajaan sudah tahu masalah itu dan hingga kini tiada penyelesaian, selain terus berbincang saja," katanya.

Justeru, Zulhelmi berharap orang ramai memahami tindakan penghantar berkenaan jika esok tidak dapat menggunakan perkhidmatan disediakan.

"Saya harap pengguna faham dengan keadaan dan tujuan dilakukan penghantar kerana mereka hanya akan boikot sehari saja dan ia bertujuan untuk memberi tekanan kepada syarikat penyedia perkhidmatan," katanya.

Hari ini, tular di laman sosial, penghantar p-hailing terdiri daripada pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan akan mengadakan boikot selama sehari esok.

Dalam poster yang tular di platform media sosial itu dengan perkataan 'Off 1 Hari' dan 'Food Delivery Blackout Jumaat 5 Ogos 2022' turut kelihatan adalah tanda pagar #mogok #24jamoff # naikkanfare #fpsembelihrider #grabsembelihrider #24hournoshift #off sehari.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -lancar-boikot-esok

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2022 08:58 PM | Show all posts
Rider makanan rancang mogok esok



Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Perkhidmatan penghantar makanan bakal mengalami gangguan selama 24 jam, esok berikutan penghantar makanan (rider) yang merancang melaksana mogok kerana tidak puas hati terhadap syarikat pengendali.

Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) Zulhelmi Mansor mengesahkan rancangan itu yang menunjukkan solidariti rider terhadap isu berbangkit yang masih tiada penyelesaian.

"Ia termasuk isu kadar upah yang tidak tetap dan dimanipulasi syarikat serta isu tambang yang tidak setimpal dengan aplikasi yang menekan penghantar p-hailing.

"Mungkin dengan cara ini (mogok) ia boleh memberi tekanan kepada syarikat penyedia perkhidmatan," katanya, hari ini.

Zulhelmi berkata, difahamkan mogok itu sudah dirancang sejak dua ke tiga minggu lalu, dan menjangkakan hampir semua rider akan mengambil turut serta.

"Apa yang kami mahukan daripada tindakan ini adalah supaya syarikat penyedia perkhidmatan tidak memandang mudah dan peka dengan kebajikan penghantar.

"Selain itu, kita juga mahu kerajaan ambil tindakan terhadap masalah ini. Saya yakin kerajaan tahu tetapi hingga kini tiada penyelesaian," katanya yang berharap pengguna memahami tindakan diambil golongan itu.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai poster penghantar makanan daripada pelbagai syarikat penyedia yang akan mengadakan mogok 24 jam esok.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rancang-mogok-esok

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok..jarang beli
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:13 AM | Show all posts
boikot sehari ada effect ke?
boikot la seminggu terus..
baru nampak income company jatuh cam mana..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.280986 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list