CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2014|Reply: 28

Pelajar Sekolah Parah Terlanggar Gajah Di Johor, Terpaksa Ditidurkan

[Copy link]
Post time 5-8-2022 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam tadi.


Ibu mangsa, Mislawati Paiman, 46, berkata, anaknya Muhammad Danish Saedin, 17, yang menunggang motosikal bersendirian ketika kejadian kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.


Katanya, sebelum kejadian anaknya dikatakan mengisi minyak motosikal di Taman Seri Impian di sini sebelum pulang ke rumah mereka di Taman Sri Lambak.


Foto: Harian Metro




"Doktor mengatakan terdapat pendarahan di kepalanya dan kekal. Ketika ini anak saya sedang ditidurkan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


"Saya mendapat tahu berita kemalangan berkenaan daripada rakan anak yang bergegas mencari saya di rumah. Memang terkejut dan kami sekeluarga bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom selepas itu.


"Difahamkan saksi kejadian mengatakan anak saya ditemui masih sedar selepas pelanggaran itu," katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, dia berharap pihak berkuasa memandang serius isu kehadiran gajah di kawasan kawasan berdekatan perumahan penduduk di Kluang akhir-akhir ini.


"Saya mohon pihak berkuasa supaya memasang lampu jalan di kawasan berkenaan yang bergelap pada waktu malam.


"Saya berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa depan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah banyak kejadian..tetapi pihak berkuasa kata payah nk bertindak sebab tempat tu dah jadi laluan gajah. Berapa ekor gajahh yg dipindahkan pun didapati datang balik di situ
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Since tu memang habitat mereka, mungkin kena usahakan bina laluan alternatif kot. Kita ceroboh tempat mereka kan... kena beralah lah.

Jangan nanti ada yang tidurkan gajah2 sudah lah. Harapnya tak.


Moga adik ni cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat beberapa tahun dulu, murid naik motor jln kampung mcm ni la.
babi menyondol tk sempat nk elak. subuh gelap nk ke sekolah.
bertabur bekal nasi di tempat kejadian.
org jumpa dah agak lambat. meninggal kt hospital.
ada bab
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:05 AM | Show all posts
semoga adik ni di beri kesembukan ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mujur dekat je tempat tu dgn hospital..mudah2an adik ni sembuh spt sedia kala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2022 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgk gbr kat luar negara, diorg buat jambatan lebar yang bertanah, berumput, utk haiwan melintas. Utk gajah, rusa beruk, biawak, pendek citer. Rasanya kita pun boleh buat camtu. Ala2 buat tunnel la utk keta, ataih nye utk haiwan crossing.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Acik doakan awak cepat sembuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 11:13 AM | Show all posts
anak makcik ni pkl 10 malam tu lah jugak nk isi minyak. jgn dibunuh gajah2 tu udahle. nama pun gajah kot badan besar melainkan anak makcik bawak laju tak smpt brek
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:15 AM | Show all posts
gajah keluar merayau sebab rumah dia dlm hutan dah kena tebang sbb nak tanam sawit
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:29 AM | Show all posts
sian gajah rasanya dia pun takde niat nk cederakan manusia
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 11:51 AM | Show all posts
orangbiasaje replied at 5-8-2022 11:04 AM
Pernah tgk gbr kat luar negara, diorg buat jambatan lebar yang bertanah, berumput, utk haiwan melint ...

ada satu di pd...  sampaikan orang tuduh jambatan untuk orang bunian...  hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Gajah takkan ubah laluan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:27 PM | Show all posts
tak boleh nak salahkan gajah... salah manusia... segala habitat hidupan liar semua dah di tebang.. samada pembalakan atau buka kawasan baru... habis tu gajah2 tu nak gi mana ?  kalau gajah2 tu pandai menyelam dah lama dah gajah2 menyamar jd ikan paus.....   
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:31 PM | Show all posts
Kawasan ada banyak haiwan liar melintas kenalah hati2 selalu tak boleh nak laju2 sangat takut tak sempat nak elak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kwn anak aku ni ditidurkan juga dulu..3 kali ops..Alhamdulillah ok..
muda lagi cepat proses pemulihan dia
..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 03:26 PM | Show all posts
Abahmung: gajah keluar merayau sebab rumah dia dlm hutan dah kena tebang sbb nak tanam sawit


kasihan gajah tu

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 03:30 PM | Show all posts
ni semua salah orang yang musnahkan habitat gajah... tebang hutan ikut suka hati, kendian haiwan liar takde tempat nak berlindung. Hutan dah terang...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Goodluckdontcry at 5-8-2022 03:40 PM

Semoga CPT sembuh dik..lain Kali jgn keluar Malam ok kecuali terdesak..kul 10 xdelah lewat Sgt tp biarlah berjaga2..

Bab gajah..pihak berkuasa cubalah perah otak utk Cari jalan.. supaya gajah blh hidup dgn selamat juga..dah tangan2 manusia juga yg selalu buat kerosakkan Dan binasa..

Gajah..comel juga..tp bau taiknya..ya rabbi..mau pengsan xbangun2..kalau letak kapas kat hidung mcm mayat pun..blm tentu mampu menghalang bauan ITU menusuk ke dlm hidung pelepah kelapaku...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 03:40 PM | Show all posts
adik nk isi minyak
gajah pulak naik minyak

ke bukan

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.068339 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list