View: 4274|Reply: 68
|
[Jenayah]
Pelajar Tingkatan Tiga pukul guru dengan penyapu
[Copy link]
|
|
Pelajar Tingkatan Tiga pukul guru dengan penyapu
HULU SELANGOR: Berang rambutnya dipotong kerana panjang, seorang pelajar Tingkatan Tiga bertindak memukul gurunya di sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa, di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu ketika guru disiplin wanita berusia 52 tahun sedang membuat rondaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin, berkata guru wanita itu menerima laporan daripada seorang guru berhubung seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun yang berambut panjang.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya bertindak menggunting rambut pelajar lelaki berkenaan.
"Pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh, sebelum dia bertindak memukul mangsa dengan penyapu.
"Akibat dipukul, mangsa cedera di mata kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Arsad berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan suspek.
"Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.
"Suspek ditahan reman bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK)," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... guru-dengan-penyapu
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus cikgu tu x melawan blk. Kang jd isu lain. Better lah wat report polis biar mak bapa bdk tu hadap polis pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Selangor...asyik 'bg orng' penyapu jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 4-8-2022 08:26 PM
kakikuDibibirmu replied at 4-8-2022 07:47 PM
Penyapu tersenyum sinis {:m ...
kek hulu Selangor jugok... boleh dh buat monumen penyapu kek HS ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 4-8-2022 07:51 PM
kek hulu Selangor..jugok...
Omg...kebetulankah |
|
|
|
|
|
|
|
Guru wanita dibelasah gara-gara potong rambut pelajar.
HULU SELANGOR: Seorang guru wanita dipukul seorang pelajar lelaki kerana berang rambutnya dipotong dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu berlaku ketika mangsa yang juga guru disiplin berusia 52 tahun sedang membuat rondaan.
"Guru wanita berkenaan menerima laporan daripada seorang guru lain yang menyatakan pelajar lelaki berusia 15 tahun itu berambut panjang.
"Mangsa kemudian bertindak menggunting rambut pelajar tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Arsad berkata, pelajar tersebut marah dan mengugut mahu membunuh guru berkenaan.
"Pelajar itu kemudian bertindak memukul guru wanita berkenaan dengan batang penyapu hingga menyebabkan mangsa cedera di mata kirinya," katanya.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan pelajar terbabit.
"Hasil ujian air kencing ke atas pelajar berkenaan negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.
"Dia ditahan reman bermula Khamis hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
Woi budak berhingus! Kalau nak bela rambut panjang, tunggu habis sekolah la budak! Takpun suruh je mak bapak kau tukar masuk sekolah international & private! Takpun tak payah sekolah / home school mcm anak si palat sohai. Kalau kau berani pukul cikgu, maka kau berani pukul mak bapak kau tu. Rata2 budak masa zaman sekolah, memang hensem. Dah habis sekolah, muka bertukar kepam busuk mcm kena sumpahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bawah pengaruh dadah patut laa otak tak bolrh fikir |
|
|
|
|
|
|
|
mikasa replied at 5-8-2022 10:44 AM
Bawah pengaruh dadah patut laa otak tak bolrh fikir
Negatif ujian dadah lah sis |
|
|
|
|
|
|
|
mikasa replied at 5-8-2022 10:44 AM
Bawah pengaruh dadah patut laa otak tak bolrh fikir
Dah aku scroll blk baca artikel sebab kat ats tu tulis negatif dadah
Ishh, kuangjaq sangat ni
Jenis org xleh pegang sebarang kepala dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
persoalannya di sini:
1. bolehkah cikgu disiplin berkenaan memotong rambut pelajar sesuka hati? adalah terdapat peraturan, undang2, pekeliling yg membenarkan mana2 guru mengambil tindakan sedemikian?
2. jika YA, cikgu tersebut perlu memotong rambut pelajar tersebut dgn berhemah dan tidak memaki hamun pelajar tersebut. Perlu dilakukan di bilik tertutup dgn kehadiran cikgu2 lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak i last week pun baru kena kerat rambut. Kikikiki.... I gelakkan aje. Tapi tak la panjang. Rambut depan dia je sampai kening lg dia
pengawas kan.. so 4 org pengawas kena gunting utk ditunjuk ke semua pelajar yg kantoi rambut panjang..kira amaran pertama. Cikgu pun agak sopan juga bagi wassap group minta maaf dan bg nasihat pd pelajar yg dia gunting. I is ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru sekolah pun dah takde disiplin, parents x amik tau ank tu x tgk rambut dh pjg ke apa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
gitu je die belasah cikgu hnye sbb rambut. jejage mak bapak sekalian. jgn bagi anak korg menikah dgn bdk ni. psl rambut dh kne belasah. sok luse dh menikah, diduga masalah duit, agaknye ditikam teros kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang ajar budak ni. Harap bukan sbb didikan mak bpk |
|
|
|
|
|
|
|
ada ugut bunuh jadik kes polis la |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai ugut bunuh cikgu?? Too much la |
|
|
|
|
|
|
|
ni nengok mat kilau ni tu yang semangat pendekar berkobar kobar
*ko ada saka ke dekkk kerasukan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dapat lapuran terus pergi potong mana tak mengamuk budak tu. Bukan ke kena bagi arahan gi potong rumbut tu dulu baru boleh bertindak kalau dia masih berdegil. Dah 52 pun masih tak tahu macam mana nak handle budak 15 tahun ke macam mana. Budak darjah satu pun tahu mengamuk kalau diperlakukan macam tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|