CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

[Dunia] Gelombang haba Britain bunuh jutaan ekor ayam

[Copy link]
Post time 5-8-2022 10:21 AM | Show all posts |Read mode

AYAM-AYAM itu terkurung di bangsal dan mati akibat kepanasan setelah suhu mencecah 45 darjah Celsius. – Civil Eat

Gelombang haba Britain bunuh jutaan ekor ayam

LONDON – Berjuta-juta ayam ternakan kilang mati akibat gelombang haba yang melanda seluruh Britain baru-baru ini, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Ayam-ayam ternakan yang ditempatkan dalam bangsal tertutup itu mati akibat kepanasan melampau apabila suhu mencecah 45 darjah Celsius.

Tiada tindakan pantas dilakukan bagi melindungi haiwan-haiwan itu daripada suhu tinggi.

Sesetengah penternak lebih rela ternakan mereka mati dan tidak begitu bersungguh untuk cuba menyejukkan bangsal yang menempatkan haiwan tersebut.

Saksi mendakwa bahawa ayam-ayam itu tercungap-cungap dan mengepak-epakkan sayap akibat suhu panas yang lebih tinggi daripada biasa.

Bangsal tersebut juga dipenuhi najis ayam yang sangat banyak akibat simptom cirit-birit disebabkan gelombang haba.

Pengusaha ladang dikatakan rela membiarkan haiwan itu mati kepanasan dan dilupuskan berbanding melabur untuk langkah pencegahan seperti pengudaraan yang lebih baik di bangsal.

Situasi tersebut mungkin didorong oleh krisis kos sara hidup dan ekonomi di Britain yang semakin meruncing di mana semua penduduk cuba berjimat dalam perbelanjaan sebanyak mungkin.

“Malangnya suhu panas melampau telah menyebabkan insiden kematian yang sangat tinggi dalam kawanan ternakan ayam.”

“Pihak industri bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (Defra) dan agensi-agensi kerajaan lain untuk membantu penternak di saat-saat kritikal seperti sekarang,” kata Ketua Eksekutif  Majlis ternakan Ayam British (BPC) dalam satu kenyataan bertulis.

Antara bimbingan yang diberikan adalah untuk menentukan cara membersihkan ladang dengan lebih cepat dan teknik pelupusan bangkai ayam yang selamat.

Menurut BPC, langkah-langkah mitigasi dilakukan dengan kadar segera untuk mengekalkan kesihatan dan kebajikan ayam.

Sama seperti industri lain, pihaknya menggesa semua penternak ayam untuk mempraktikkan langkah-langkah ini untuk menghadapi cuaca yang luar biasa dalam jangka panjang.

Skala kematian telah mendorong siasatan oleh Agensi Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan dengan kerjasama kerajaan tempatan.

Jurucakap Defra berkata, pihaknya sangat prihatin tentang kejadian baru-baru ini.

“Adalah penting kesihatan dan kebajikan haiwan dilindungi. Agensi Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan sedang berusaha untuk menyokong pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat apa yang berlaku dan mengambil sebarang tindakan lanjut yang sewajarnya,” katanya.

Pengarah Eksekutif organisasi Kesaksamaan Haiwan (RSPCA), Abigail Penny, berkata pendekatan jalankan perniagaan seperti biasa dalam situasi darurat kebangsaan negara seperti sekarang telah menyebabkan jutaan ekor ayam ‘dimasak’ di bawah terik matahari sehingga mati.

Jurucakap RSPCA berkata sesiapa yang gagal memenuhi keperluan haiwan semasa dalam jagaan mereka boleh berdepan tindakan jenayah di mahkamah. – Agensi

SUMBER:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... h-jutaan-ekor-ayam/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055310 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list