CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 834|Reply: 2

[Tempatan] Penghantar makanan maut rempuh lori

[Copy link]
Post time 5-8-2022 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Penghantar makanan maut rempuh lori


Keadaan motosikal Yamaha 135 LC yang rosak selepas merempuh belakang sebuah lori muatan kelapa hingga mengorbankan penunggangnya dalam kejadian di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, semalam. - Foto ihsan Pembaca



KUALA SELANGOR: Penghantar makanan maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang lori muatan kelapa di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata siasatan ke atas kejadian jam 4.33 petang mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dalam perjalanan menghantar bekalan kelapa dari Bagan Datuk, Perak menghala ke Selayang.

"Tiba di lokasi, pemandu memperlahankan kenderaannya kerana menghampiri kawasan lampu isyarat.

"Motosikal Yamaha 135 LC ditunggang mangsa berusia 23 tahun itu datang dari arah belakang dan merempuh penghadang belakang kiri lori," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... an-maut-rempuh-lori

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 12:59 PM | Show all posts
Tak laju tak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sambil2 tgk hp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058720 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list