View: 796|Reply: 4
|
Nak Balas Dendam Terhadap Bekas Kekasih, Wanita Tersalah Bakar Rumah Orang
[Copy link]
|
|
Seorang wanita di North Carolina nekad membakar rumah bekas kekasihnya sebagai membalas dendam terhadap lelaki itu.
Namun, tindakan itu bertukar tragedi apabila dia tersalah membakar rumah orang lain.
Lapor Khaleej Times, Sherif Rowan memaklumkan, pemilik rumah berkenaan dikejutkan jirannya selepas mereka ternampak wanita tersebut cuba membakar rumahnya di Gold Hill.
Sehubungan itu, pemilik rumah tersebut segera menghubungi pihak berkuasa dan polis dikerahkan ke lokasi kejadian.
Ketika tiba, polis mendapati bahagian depan rumah berkenaan sudah terbakar dan minyak tanah yang digunakan untuk membakar.
“Pemilik itu menceritakan dia cuba memadamkan kebakaran yang tercetus, namun tidak berjaya kerana suspek sudah menyekat aliran air.
“Selepas itu, pemilik rumah tersebut mengambil senapang dan berdepan dengan suspek.
“Suspek melarikan diri selepas polis tiba di rumah tersebut,” kata Rowan.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
haiyo g bakar rumah pompuan tu balik |
|
|
|
|
|
|
|
Apa lagi gi saman tuntut ganti rugi |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas kekasih pun satu hal, lain kali bg la alamt rumah yg betul... Kan dah tersalah bakar tu? Naya kat org lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|