CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 1

[Dunia] Kanak-kanak dibenarkan masuk Masjidil Haram

[Copy link]
Post time 14-8-2022 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan kanak-kanak dari semua peringkat umur dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Makkah.

Pengumuman kementerian itu disiarkan pada akaun rasminya Twitter, mengatakan ibu bapa kini boleh membawa anak-anak bersama mereka ke Masjidil Haram.

Saudi Gazette melaporkan, kementerian itu juga menjelaskan kaedah mengeluarkan permit untuk kanak-kanak menyatakan bagi kanak-kanak berusia lebih lima tahun, mereka mesti mempunyai permit yang sesuai dikhaskan untuk mereka melalui permohonan Eatmarna.

Ibu bapa yang ingin membawa anak di bawah usia lima tahun, mereka boleh masuk ke Masjidil Haram, tanpa perlu mendapatkan permit masuk.

Kementerian itu juga mengesahkan jemaah hanya dibenarkan berada dalam raudah selama 10 minit di dalam Masjid Nabawi di Madinah.

Katanya, dalam musim haji lalu, sebanyak 70 juta permit dikeluarkan untuk umrah di Makkah dan solat di dalam raudah.

Arab Saudi kini juga membenarkan pemegang semua jenis visa dan mereka yang datang dari mana-mana negara untuk tujuan pelancongan, untuk menunaikan umrah sepanjang berada di Arab Saudi.

Xinhua memetik Agensi Berita Arab Saudi berkata, Kementerian Haji dan Umrah menjelaskan keputusan itu berkuat kuasa untuk musim umrah bermula 30 Julai bertujuan memberi jemaah pengalaman ibadat dan menikmati kebudayaan setempat.

Kebenaran itu juga terpakai kepada pemegang visa semasa ketibaan atau e-visa dan visa Amerika Syarikat, British atau Schengen.

Pemegang visa untuk melawat ahli keluarga dan lain-lain juga boleh menunaikan umrah dengan membuat janji temu melalui aplikasi Eatmarna atau menghantar permohonan ke Unified National Visa Platform.

BERNAMA melaporkan pelawat juga dikehendaki memiliki insurans kesihatan COVID-19, kemalangan, kelewatan atau pembatalan penerbangan serta isu lain yang berkaitan umrah.

Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan 20,000 visa umrah telah dikeluarkan pada 31 Julai.

Keputusan itu dibuat susulan pengumuman Arab Saudi pada awal bulan ini untuk memperkenal semula program visa semasa ketibaan, selepas digantung selama kira-kira dua tahun akibat pandemik COVID-19.

Arab Saudi pernah mengeluarkan visa haji dan umrah untuk jemaah haji, tetapi hanya membenarkan jemaah berada antara di kota Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadat itu. - AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2022 06:18 PM | Show all posts
Ibu bapa yang ingin membawa anak di bawah usia lima tahun, mereka boleh masuk ke Masjidil Haram, tanpa perlu mendapatkan permit masuk.
Asyik bisa bawa baby saya buat ibadah umrah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046741 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list