View: 734|Reply: 3
|
[Tempatan]
Mahkamah: Bekas Panglima TLDM didakwa pecah amanah dana syarikat perkapalan. #3, 3 Pertuduhan pecah amanah melibatkan RM21 juta
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 16-8-2022 02:54 AM
Mahkamah: Bekas Panglima TLDM didakwa pecah amanah dana syarikat perkapalan
https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... yarikat-perkapalan/
Oleh NORLIZAH ABAS
16 Ogos 2022, 10:27 am
Ahmad Ramli. /FOTO FAUZI BAHARUDIN
KUALA LUMPUR – Seorang bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana sebuah syarikat perkapalan berjumlah RM21.08 juta berkaitan perolehan projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS).
Panglima (B) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd. Nor, 78, sebentar tadi mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dikemukakan di hadapan Hakim Suzana Hussain.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan, beliau yang juga bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) didakwa pecah amanah dana syarikat perkapalan itu dengan meluluskan pembayaran mencecah RM21.08 juta tanpa kelulusan ahli lembaga pengarahnya.
Mahkamah membenarkan Ahmad Ramli dibebaskan dengan jaminan RM500,000 dan menetapkan kes itu disebut pada 24 November ini.
Skandal kepincangan projek perolehan LCS itu menarik perhatian ramai apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan tiada kapal diterima setakat ini walhal TLDM sepatutnya menerima LCS pertama pada April 2019 setelah membuat bayaran RM6.083 bilion. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
aku masuk thread isu semasa semata nk baca komen pasal isu ni.. tp terlanjur ke thread mean girls. kakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Skandal LCS: Bekas pengarah BNS dihadapkan 3 pertuduhan pecah amanah RM21j
https://www.malaysiakini.com/news/632245
Alena Nadia
Diterbitkan: Aug 16, 2022 10:11 AM⋅
Dikemaskini: 10:46 AM
Bekas pegawai kanan Boustead Naval Shipyard (BNS) yang juga bekas panglima TLDM, Ahmad Ramli Mohd Nor didakwa dengan pertuduhan pecah amanah jenayah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Ramli adalah bekas pengarah urusan dan naib pengerusi eksekutif BNS.
Dia didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, didakwa melibatkan RM21.08 juta
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda.
Hadir ke mahkamah dengan berkemeja hitam dan kot putih, Ahmad Ramli, 78, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan ketika ia dibacakan di depan hakim Susana Hussein.
BNS adalah syarikat yang mendapat projek membina enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk TLDM, yang dirundung masalah dan kini mendapat perhatian negara.
Awal bulan ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mendedahkan lebihan kos berjumlah RM1.4 bilion dalam kontrak RM9 bilion LCS, dengan RM6 bilion dibayar pada 2020.
Walaupun kerajaan telah membayar jumlah yang besar, tiada satu pun kapal telah disiapkan selepas lapan tahun; projek ini dimulakan pada tahun 2014.
Susulan itu, SPRM pada 11 Ogos dilaporkan berkata mereka telah menyelesaikan beberapa siasatan terhadap individu tertentu yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dalam mengendalikan projek pembinaan LCS.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik jugak, bila Kes melibatkan jumlah yang tersangat besar, tapi sorang je yang kena tuduh |
|
|
|
|
|
|
| |
|