View: 2233|Reply: 21
|
Terjun Tingkat 19 Sambil Peluk Al-Quran- "Isteri Belajar Agama Dari Youtube Dan Tiktok Tanpa Berguru"
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Seorang wanita yang parah selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah apartmen sambil mendakap al-Quran pada minggu lalu didakwa berubah sikap termasuk gemar menyendiri sejak Mac lalu.
Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Shah berkata, dia menyedari perubahan sikap isterinya yang juga ibu kepada dua anak menjelang Ramadan tahun ini.
Menurut lelaki itu, isterinya yang berusia dalam lingkungan 30-an memilih untuk mengenakan purdah, sentiasa berzikir serta bangun pada waktu tengah malam untuk menunaikan solat sunat tahajud.
Foto: Kosmo
Wanita itu dikatakan mendalami ilmu agama menerusi media sosial seperti TikTok dan YouTube tanpa berguru dengan mana-mana pihak yang arif.
“Perubahan sikapnya dilihat sebulan sebelum umat Islam menyambut Ramadan selepas dia mengambil keputusan berhenti kerja di sebuah kilang di Bayan Baru.
“Setiap kali saya pulang dari tempat kerja, dia (isteri) seperti sedang berzikir sambil tangannya memegang telefon bimbit. Dia juga kerap berdamping dengan al-Quran,” katanya kepada Kosmo!.
Shah memberitahu, sebelum ini dia ada beberapa kali membawa isterinya mendapatkan rawatan perubatan Islam.
“Saya reda dan sabar dengan apa yang berlaku (perubahan sikap). Selain itu, isteri juga pandai menyimpan wang dan sebahagian wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dikeluarkan pada tahun ini diagihkan kepada beberapa maahad tahfiz dan madrasah,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Shah memberitahu, isterinya yang mengalami kecederaan patah di beberapa anggota badan menjalani pembedahan pada tulang belakang di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.
Kosmo! Ahad lalu melaporkan nyawa seorang wanita masih panjang apabila dia terselamat selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah apartmen di Bayan Lepas.
Sehari sebelum kejadian itu, wanita tersebut dikatakan ada memuat naik hantaran ‘selamat tinggal dunia’ di aplikasi TikTok miliknya.
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa ditemui dalam keadaan mengiring dan masih sedarkan diri di tingkat empat berdekatan tempat meletak kenderaan apartmen tersebut. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya jugak berguru dengan arkib media bagai neh. Acu cek channel yang di follow nya? |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat sesuatu itu harus bersederhana..jgn belebihan. bila berlebihan itula jadinya taksub dan hilang pertimbangan. perlu kenali diri dalami keperluan diri kekuatan itu dari dalam bukan melalui youtube atau ustad2 dalam internet. ia hanyalah sekadar rujukan berterusan dan sebaiknya nikmat ilmu itu kita gunakan sebaiknya. la hawla walla. |
|
|
|
|
|
|
|
bini dia ni sakit mental, bukan sebab berguru cara online |
|
|
|
|
|
|
|
Bedah.Cun: Bahaya jugak berguru dengan arkib media bagai neh. Acu cek channel yang di follow nya?
mesti dia follow channel hari kiamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau lah dia belajar pasal planet.
dia tak akan terjun.
|
|
|
|
|
|
|
|
kurang berkomunikasi dgn isteri ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 17-8-2022 12:21 PM
ada sesetengah orang ni suka nau layan subjek "doom and gloom",
yang cakap subjek ni pulak ustaz. jadi kredibiliti tinggi di mata org kebanyakkan.
kalau yang dengar spesis lemah semangat macam pompuan ni,
konfem rasa nak terjun bangunan
sapa2 yang tak kuat, tak payah layan subject
1. akhir zaman
2. islamic eschatology
3. teori konspirasi
4. dajjal
5. sittah an nur
6. malapetaka donia
7. perang donia
8. incoming food shortage
9. economy collapse
elok layan gossip retis or benda yang happy2 jer,
kalau dah tahu diri jenis semangat lemah , jenis over thinking
|
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 17-8-2022 12:19 PM
ada sesetengah orang ni suka nau layan subjek "doom and gloom",
yang cakap subjek ni pulak ustaz. j ...
Fearmongering ni MO turun temurun para setat & setajah mulayu islam yachh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 17-8-2022 12:32 PM
btw ada kawan aku sorang jadi sewel sket otak nya sekarang,
jadi agresif, asik diam merenung bawah, duduk dalam donia sendiri,
badan nya di sini, tapi sukma nya di multiverse
dia hardcore anti vaks,
sekarang macam dah tak percaya kuasa Tuhan,
maseh solat. tapi jiwa meracau. kalau cakap asik ulang skrip yg sama.
suruh pegi hospital tak mau. dia rasa dia sehat.
dia salah vaksin yang jadi badan dia tak fit macam sebelum nya
kekawan aku kat sini ada beberapa orang yang kena,
gerd, anxiety and panic attack,
bila cakap dia ada simptom yg sama, dia tak percaya.
suruh check hospital, dia taknak.
hopeless, utterly hopeless.
aku risau dia terjun bangunan jer, or bunuh family dia sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam dia kurang perhatian dan inginkan perhatian buka saluran tu mungkin nak cari jalan keluar tapi salah pilih cara dan pembawaan |
|
|
|
|
|
|
|
Jatuh tkt 19 pun tak mati
Better terjun kat klcc suria tkt 4 aje |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa2 yg konon betul2 nak belajar agama..berhijrah bagai..
Aku nasihat gini
Senang je..
Ko pegi la pinjam atau beli buku sekolah agama budak sekolah rendah..yg kafa punya tu..
Semua tu asas pendidikan islam...siap ada semua pecahan aqidah , adab, sirah, tajwid.
Tak reti baca jawi?? Mintak sapa2 translate ke tulisan rumi..senang..kacang..simple..takde berbelit2 pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde ke sapa2 tau tiktok dia? Skrg dah jd gini cemana laa laki nya nak keje? Nk kena jaga isteri yg terlantar plak ni.Rasanya bukan org senang ni. Duit kwsp lak dah didermakan kat maaahad tahfiz bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 17-8-2022 12:19 PM
ada sesetengah orang ni suka nau layan subjek "doom and gloom",
yang cakap subjek ni pulak ustaz. j ...
Gosip retis pulak asyik bercekau benak2.
|
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 17-8-2022 12:19 PM
ada sesetengah orang ni suka nau layan subjek "doom and gloom",
yang cakap subjek ni pulak ustaz. j ...
Kan..mmg tak baca laa org share menda2 gitu pastu jgn lupa block sesapa yg jenis toksik termasuk hat tocix positivity tak kira laa kawan baik ka sedara mara mahupun adik badik.
Serabut aiihh hari2 nk baca status yg suka merempan paranoid tak tentu hala duk kata ada org suka ngata dia laa bagai tp tak penah lak tunjuk sikirin shot ke apa.
Hari2 manjang duk sindir2 org tah gaduh tak puas hati ngan sapa pun taktau.
Pastu hat hari2 dgn mutiara kata dan segala quote bagai. Bosan.
Ramai rupanya mental tak berapa sihat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by greantea at 17-8-2022 02:21 PM
bahaya belajar tanpa guru. faham ikut akal sendiri. mudah salah tafsir |
|
|
|
|
|
|
|
Ad org blaja agama x abis..amik sekerat2 je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|