View: 1890|Reply: 19
|
Awak Maaf Kan Sy! Suara Terlalu Sedap, Aliff Syukri Perlu Serlahkan Bakat Dengan Pelancaran Lagu Babi Sayang! Milah Bijirin Pon Bersubahat Sekali?
[Copy link]
|
|
[VIDEO]”Maafkan Suara Saya Terlalu Sedap Untuk Disimpan”- Aliff Syukri Tetap Lancar Lagu Dangdut Dengan Babi Shima
Meskipun mendapat kecaman hebat dari semua pihak namun usawahan berkontroversi Datuk Seri Aliff Syukri tetap tekad untuk terus melancarkan lagu dangdut bersama penyanyi Babi Shima pada hari ini.
Kata Aliff dia perlu menyerlahkan bakat nyanyiannya dan mendakwa ramai pihak cemburu dengan kebolehannya itu.
“Awak maafkan saya, suara saya terlalu sedap untuk disimpan.. Saya perlu serlahkan bakat saya awak demi peminat setia saya.
“Saya tahu ramai yang jeles dengan bakat saya,” katanya.
Aliff berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram (IG) miliknya lewat malam tadi.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik potongan video yang dipercayai sebahagian muzik video lagunya.
Dalam video berkenaan menunjukkan dia duduk di atas pelamin bersama Babi Shima dan juga terdapat penampilan wanita yang pernah tular sebelum ini iaitu yang dikenali sebagai ‘Akak 7e’.
Aliff bakal melancarkan lagu serta muzik video itu pada hari ini.
“Apa-apa pun... Segala kegelisahan rakyat malaysia mengenai lagu #babysayang akan terjawab esok(hari ini),” tulisnya lagi.
Semalam, Aliff didakwa kemaruk perhatian apabila memuat baik video menari dengan sebatang mop lantai berlatar belakangkan lagunya.
Terdahulu Aliff dan Babi Shima dikecam teruk selepas memuat naik video yang kurang senang apabila menunjukkan penyanyi wanita itu bergelek di sisi Aliff yang sedang menyanyi.
Malah Aliff turut menerima teguran dari pendakwah bebas PU Syed yang mendakwa aksi itu seolah-olah menderhaka kepada Allah.
Aliff kemudian memberitahu dia murung lalu memadam semua post di IG miliknya serta akui mahu berhenti bermain media sosial sehingga mendakwa mahu membunuh diri.
Namun Aliff kembali memuat naik hantaran pertamnya semalam menari dengan sebatang mop. Ia telah membuatkan ramai netizen mengecam kerana menunjukkan seolah-olah Aliff bersikap seperti “Cakap Tak Serupa Bikin”.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku gelak ajelaa.. oklaa dia buat video utk budak pendidikan khas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya rabbi, kau cabut la nyawa dia ni masa tengah nak nyanyi supaya dapat dijadikan tauladan buat yang masih hidup.
|
|
|
|
|
|
|
|
Omagad. Milah bijirin jadinya. Hahahahahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Macik terplay link YT atas tu
Dah jadi kije nak kena melayan
Naseb boleh scroll komen sesambil dgr lagu
Wakakakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
baju akak 7e tu sumpah buruk. tak matchy langsung dr atas smpai ke bawah.
ni ke yg mak dia ckp dia akan harumkan nama negara?? |
|
|
|
|
|
|
|
Baby Shima ni naturally lawa tapi sungguhlah low classs dan murahan terus nampak tak lawo. |
|
|
|
|
|
|
|
minat gak bby shima ni klu duet ngan floor 88. tp lepas dah jd cmni ntah laa |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je mv nya.. Sukati dioranglah. X suka x yah tgk. Nasib shima tu comel cantik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|