Seorang lelaki di London tidak menyangka akan berkahwin dengan bayi yang pernah dilihatnya di dalam kereta sorong pada 20 tahun lalu.
Menurut Rich, 48, dia bertemu isterinya Evie, 29, ketika wanita itu masih bayi.
SWNS
Menerusi laporan NewYorkPost, Rich mengaku pernah melihat isterinya disorong ibunya pada tahun 90-an di kawasan kejiranan mereka. Namun, mereka akhirnya bertemu kembali pada Oktober 2018 sebelum membuat keputusan untuk berkahwin Julai lalu.
Meskipun jarak usia hampir dua dekad, Rich tidak kisah mengenai perkara tersebut. Tambah jurukur itu, dia agak pelik apabila mengenangkan detik pertemuan dengan isterinya ketika wanita itu masih bayi.
Evie ketika bayi dan Rich (gambar kanan) ketika berusia 19 tahun
"Ini sesuatu yang pelik apabila dikenang kembali bagaimana kami bertemu. Usia hanya sekadar angka dan ia tidak menghalang kami untuk jatuh cinta walaupun jarak usia 19 tahun," ujarnya.
Tambahnya, mengahwini Evie adalah keputusan terbaik dibuat dalam hidupnya dan pasangan itu akan memiliki cahaya mata tidak lama lagi.
SWNS
Menurut Evie, dia berasa agak janggal apabila mengetahui dia sudah bertemu suaminya ketika masih bayi.
Usianya bukan halangan kerana dia seorang yang berjiwa besar dan dia akan menjadi bapa yang hebat.
SWNS
Jelas Evie, dia tertarik dengan personaliti Rich ketika pertama kali bertemu sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.
Sumber: OhBulan |