View: 824|Reply: 10
|
Hilang 6 Hari, Warga Emas Minta Nasi Sebaik Ditemukan
[Copy link]
|
|
“Bagi ibu nasi, ibu lapar.”
Itulah luahan pertama Painah Siwan, 79, kepada anaknya, Sadiah Mohari, 42, sebaik berjumpa dengan ibunya yang dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk menerima rawatan lanjut selepas ditemukan selamat kelmarin setelah dilaporkan hilang selama enam hari.
Menurut Sadiah, ibunya yang menjalani rawatan di HSNI bagaimanapun masih dalam keadaan lemah dan belum boleh banyak bercakap.
PAINAH SIWAN
“Insya-Allah, apabila dia sihat dan sudah pulih sepenuhnya nanti saya akan bertanya bagaimana dia boleh tersesat kerana kebun kelapa sawit itu bukan asing baginya.
“Saya juga bersyukur kerana ibu masih dapat mengenali anak-anaknya yang datang melawatnya di HSNI semalam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia kelmarin.
Pada masa ini, semua ahli keluarganya mahu ibunya itu diberikan rawatan terbaik bagi memulihkan semula tenaganya agar kembali sihat dan pulang ke rumah bersama-sama keluarga.
“Kami masih belum pasti berapa lama ibu perlu mendapatkan rawatan, namun, apa yang pasti dia sudah dalam keadaan sihat walaupun masih lemah,” katanya
Pada 10 Ogos lalu, Painah dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit di belakang rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang.
Sehubungan itu, sebuah pasukan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan dan hasil pencarian selama lima hari akhirnya berjaya menemukan wanita warga emas berkenaan berhampiran lopak air hanya 1.4 kilometer dari rumah dan 900 meter dari pusat kawalan operasi SAR pada pukul 11.25 pagi, kelmarin.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, jumpa makcik ni.
Tapi memang la minta nasi kan kalau dah lapar? makanan ruji orang melayu.
kang dia minta lasagna, orang kata buang tebiat pulak |
|
|
|
|
|
|
|
bila lah acik ni nak citer pengalaman dia |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..nak tahu pengalaman dia waktu hilang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn ade rEporter tambah perase sudeh |
|
|
|
|
|
|
|
atau mntk nk kawen...whattt????
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang tua mesti lapar nasi dari makanan lain. Tapi sebab dia dah banyak hari tak makan mungkin hanya dibenarkan makan bubur je dulu yang lembut2 untuk perutnya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp kan kalau tak mkn byk hari mesti perut masuk angin pastu kepala pun sakit dan muntah2.
Tp taktaula kalau nenek ni ada mkn gak apa2 masa hilang tuk alas perut, cth mkn buah sawit ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik nenek ni tak dipatuk ular tedung. |
|
|
|
|
|
|
| |
|