View: 571|Reply: 0
|
Albon akui saingan di Singapura sukar
[Copy link]
|
|
ALBON harap dapat beraksi di GP Singapura bulan depan. FOTO EPA
London: Pemandu Formula Satu (F1) Williams, Alex Albon berkata dia berharap untuk berlumba di Singapura pada 2 Oktober ini selepas terlepas Grand Prix (GP) Itali hujung minggu lalu kerana penyakit apendiks namun mengakui perlumbaan berkenaan sangat sukar.
Albon yang berusia 26 tahun itu digantikan di Monza oleh pemandu simpanan dari Belanda, Nyck de Vries, yang menduduki tempat kesembilan pada penampilan sulungnya.
Pemandu Thailand itu dibenarkan keluar dari hospital pada hari Selasa dan semakin pulih selepas pulang dari rumahnya di Monaco menjelang saingan di Singapura yang bermula dengan sesi latihan bebas pada 30 September.
"Saya rasa cukup baik. Jelas sekali pada hari Sabtu saya mengalami sedikit masalah dan doktor melakukan kerja yang menakjubkan
"Saya sangat bersyukur kerana mereka memberi saya kesihatan yang baik dan keluar dari hospital pada hari Selasa.
"Saya berada di Monaco sejak itu, saya mula berjalan-jalan dan matlamatnya adalah untuk bersedia menghadapi perlumbaan di Singapura yang akan berlangsung sukar.
"Ia adalah salah satu perlumbaan paling sukar yang kami lalui, jadi ia bukan satu perlumbaan yang mudah. Tetapi mari kita letakkan sasarkan tinggi dan lihat apa yang berlaku," katanya dalam mesej video di media sosial.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -di-singapura-sukar |
|
|
|
|
|
|
| |
|