View: 567|Reply: 0
|
Marquez raih petak utama selepas tiga tahun
[Copy link]
|
|
MARQUEZ menamatkan penantian meraih petak utama. FOTO EPA
Motegi: Juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez menyambar petak utama buat kali pertama selepas tiga tahun ketika dia berdepan cuaca buruk di Grand Prix (GP) Jepun.
Pencabar kejuaraan dunia yang lain bergelut untuk berdepan cuaca hujan lebat dan petir di Motegi.
Marquez dari Sepanyol tidak menghadapi masalah seperti itu dengan jentera Honda miliknya apabila mencatat masa satu minit dan 55.214 saat (s), mendahului Johann Zarco dari Perancis, 0.208s di belakang dan Brad Binder dari Afrika Selatan (0.323s).
Cuaca diramalkan jauh lebih baik untuk hari perlumbaan esok, bagi saingan MotoGP pertama di Jepun sejak 2019 kerana wabak Covid-19.
Marquez yang berusia 29 tahun, yang juga terpantas dalam latihan kedua kali terakhir menduduki petak pertama lebih 1,000 hari lalu, juga di Jepun.
Ini adalah petak utama MotoGP ke-63 dan hadir selepas dia baru sembuh dalam satu lagi kecederaan teruk.
"Saya sangat gembira berjaya meraih petak utama hari ini. Ia sangat penting buat saya untuk mencapai sasaran kecil ini.
"Esok cuaca dijangka cerah dan litar dalam keadaan kering ia akan mewujudkan perlumbaan serta cerita yang berbeza," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -selepas-tiga-tahun |
|
|
|
|
|
|
| |
|