CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

[Pulau Pinang] ‘Lubang besar muat sebuah kereta kancil, Axia’

[Copy link]
Post time 3-10-2022 05:26 PM | Show all posts |Read mode

HANYA kenderaan ringan sahaja dibenarkan melalui Jalan Bagan Lalang, Butterworth di sini. SITI NUR MAS ERAH AMRAN
‘Lubang besar muat sebuah kereta kancil, Axia’

    Oleh SITI NOR MAS ERAH AMRAN
    3 Oktober 2022, 3:07 pm


SEBERANG PERAI – Satu lubang besar yang terbentuk akibat pemendapan di Jalan Bagan Lalang, Butterworth di sini semalam dengan anggaran kedalaman hampir dua meter itu dikatakan mampu memuatkan sebuah kereta Perodua Kancil atau Axia.

Tinjauan Kosmo! di sini sebentar tadi mendapati kawasan lubang berkenaan telahpun ditutupi dengan kon namun masih tiada sebarang kerja-kerja penurapan dijalankan.

Bagaimanapun, kelihatan dua pekerja sedang mengawal kenderaan yang melalui laluan dua hala itu menuju ke Permatang Pauh dan Mak Mandin.

Seorang peniaga berhampiran yang mahu dikenali sebagai Embun, 50-an berkata, kejadian tersebut adalah yang pertama kali berlaku di kawasan berkenaan.

“Jalan mula mendap tengah hari semalam dan ada orang letakkan bangku supaya pengguna jalan raya lebih berwaspada.

“Pada mulanya mendap sikit sahaja tetapi lama kelamaan menjadi semakin dalam menyebabkan jalan tersebut mula berlubang,” katanya ketika ditemui di sini tadi.

Embun memberitahu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kemudiannya telah menutup sebahagian jalan dan hanya dibuka untuk kenderaan ringan mulai petang semalam.

“Laluan menjadi sesak terutamanya selepas waktu pejabat dan ada beberapa lori kontena yang terpaksa berpatah balik kerana jalan terbabit ditutup buat kenderaan berat,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan pengguna jalan raya di Jalan Bagan Lalang di sini terdedah kepada bahaya apabila permukaan laluan terbabit mendap dan membentuk lubang besar sejak petang semalam.

Pengguna kenderaan ringan dari Permatang Pauh ke arah Mak Mandin dibenarkan melalui jalan terbabit manakala pengguna dari arah Mak Mandin dilencongkan ke laluan Taman Mesra.

Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya malam tadi memaklumkan, ‘sinkhole’ terbentuk di kawasan saluran pembentung Indah Water Konsortium (IWK).

Pihak IWK turut berada di lokasi kejadian dan menjalankan pemeriksaan saluran kumbahan sebelum melaksanakan kerja pembaikan berkaitan. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... kereta-kancil-axia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 1.412416 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list