CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerja naik taraf Persimpangan Bertingkat Juru ambil masa lebih sebulan

[Copy link]
Post time 4-10-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Lencongan jalan susur masuk sementara di Persimpangan Bertingkat Juru (arah Utara) akan dilaksanakan mulai tengah malam, Khamis ini.



SEBERANG PERAI – Orang ramai yang melalui Persimpangan Bertingkat Juru (Arah Utara) di sini dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui aplikasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Menurut PLUS dalam satu kenyataan, ini berikutan laluan tersebut akan mula dinaik taraf untuk tempoh lebih sebulan mulai 6 Oktober ini hingga 13 November depan.

Katanya, kerja-kerja penaiktarafan itu melibatkan kapasiti sistem perparitan sedia ada yang termasuk dalam Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bersebelahan kawasan pengoperasian lebuh raya berkenaan.

Jelas kenyataan tersebut lagi, langkah menaik taraf itu juga merupakan sebahagian daripada inisiatif oleh syarikat konsesi lebuh raya itu dalam meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya ketika ini.

“Justeru, bagi membolehkan kerja-kerja menaiktaraf tersebut dijalankan secara berperingkat, PLUS akan mengaktifkan lencongan trafik dari jalan susur masuk ke arah Pulau Pinang-Alor Setar di persimpangan bertingkat Juru (arah Utara) kepada semua kenderaan.

“Pengaktifan ini berkuat kuasa mulai 12 tengah malam, 6 Oktober ini (Khamis) hingga pukul 11 malam pada 13 November (Ahad) akan datang,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu katanya, para pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu selain mematuhi had laju dan arahan papan tanda trafik ketika melalui kawasan berkenaan.

“PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pengguna lebuh raya sepanjang tempoh kerja menaik taraf dijalankan bagi menjadikan perjalanan yang lebih lancar untuk semua,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... masa-lebih-sebulan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.670805 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list