View: 6195|Reply: 48
|
“Saya geli, faham tak?” - Wanita menyesal kahwin! Suaminya pengotor... kencing ‘bersepah’, kahak dalam sinki
[Copy link]
|
|
Wanita tersebut tertekan dengan sikap suaminya yang pengotor. Gambar hiasan
“Saya geli, faham tak?” - Wanita menyesal kahwin! Suaminya pengotor... kencing ‘bersepah’, kahak dalam sinki
Rabu, 05 Oktober 2022 8:00 PM
UNGKAPAN 'masa bercinta, kentut pun berbau wangi' memang biasa didengari ketika seseorang dalam fasa dilamun asmara.
Ketika itu setiap perkara mengenai pasangan dianggap indah belaka.
Bagaimanapun bak kata orang tua, sikap dan perangai sebenar seseorang hanya akan terserlah apabila sudah berkahwin dan tinggal sebumbung.
Ada benarnya kata-kata yang biasa dilontarkan itu, justeru pasangan yang berumah tangga dinasihatkan untuk memperbanyakkan sikap sabar dalam melayari bahtera perkahwinan.
Dalam satu perkongsian di laman Twitter @confesstweetmy, seorang wanita meluahkan rasa geram dengan sikap suami sendiri meskipun mereka baru dua bulan diijabkabulkan.
Wanita berkenaan berkongsi masalahnya yang dihadapinya di laman Twitter Confesstweetmy.
Semuanya berpunca daripada sikap suaminya yang disifatkan amat pengotor.
"Husband saya pengotor. Tuala basah campak atas tilam, kencing bersepah (terpercik) bertitis atas tempat duduk tandas dan kahak dekat sinki. Saya geli, faham tak?" tulisnya dalam satu mesej yang dikongsikan di laman berkenaan.
Meskipun usia perkahwinan mereka masih boleh dikategorikan sebagai 'pasangan pengantin baru', namun wanita tersebut tidak segan meluahkan rasa sesal dengan keputusannya mengahwini lelaki berkenaan.
Kalau buat diam manalah lelaki nak faham kenapa kita marah? Tegur sajalah. Masing-masing improve mana yang kurang.
NETIZEN "Saya baru berkahwin dua bulan. Tapi sekarang saya rasa menyesal. Tak sangka dia pengotor.
"Kadang tak bercakap pun dengan dia sebab marah sangat. Macam mana nak tegur habit macam tu? Tolong!" luahnya lagi.
Sehingga kini perkongsian ciapan berkenaan meraih lebih 4,500 ulang kicau.
Pelbagai pandangan dan nasihat disarankan oleh netizen, dengan rata-ratanya meminta wanita berkenaan berterus terang mengenai isu tersebut dengan suaminya.
"Baru dua bulan kahwin dah post masalah dekat sini. Communicate sajalah dengan dia elok-elok. Kalau buat diam manalah lelaki nak faham kenapa kita marah? Tegur sajalah. Masing-masing improve mana yang kurang.
Wanita tersebut tidak tahu bagaimana cara untuk menegur suaminya. Gambar hiasan
"Kunci rumah tangga bahagia adalah melalui komunikasi. Tak bercakap dengan dia bukan satu penyelesaian. Waktu mula-mula kahwin inilah nak cakap apa yang awak tak suka dan insyaAllah dia boleh dengar dan akan berubah.
"Sebab itu kahwin biar dengan orang sekufu. Tanya dia punya lifestyle, tanya dia tentang tabiatnya, perhatikan mana red flags dan perlahan-lahan tegur dari mula.
"Inilah namanya perkahwinan. Dah tinggal sebumbung, baru tahu perangai masing-masing. Nak tak nak, kena saling tegur salah masing-masing. Yang ditegur kena terimalah. Takkan nak berpisah, baru dua bulan kahwin. Semoga dipermudahkan sis," demikian antara komen netizen.
https://www.mstar.com.my/lokal/v ... h-kahak-dalam-sinki
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menurut saya, cewek ini sombong sekali sama suaminya. Tersulut emosi untuk hal yang sepele sekali. Ndak mau terima kekurangan suaminya. Jika kotor, ya dibersihin, ndak usah diributin. Yang penting jaga rumah tangga agar harmonis, adem dan ayem. Sulit sekali mau robah prilaku orang, tinggal milih mau nerima kekurangan suami atau makan hati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 5-10-2022 10:50 PM
Herlokk tak? Cuba duduk berbincang dan terangkan kt suami dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg isu semasa nya ?
Caca marba forum skrg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
cerai sahajalah. rasanya banyak lagi benda yang tak sesuai kepada pasangan ni yang belum disedari... confirm sepanjang hidup wanita ni dan suaminya tak aman, betul-betul dua karakter yang berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba lah ubah slow2.. aku ada kawan lelaki dulu. Rambut penuh kelumumur, nampak penuh kat baju kalau dia pakai baju warna gelap, gigi kuning, badan berbau kalau duduk jauh pun dapat bau tapi dia tak gemuk, body okay je.. memang geli dan geram je tengok dia. Rasa macam nak tegur tapi tatau macam mana. Nasib baiklah cuma kawan biasa..
Time dia kawen, terdetik dalam hati aku..ada juga perempuan nak kawen dengan dia. Obvious kot personal hygiene dia tak berapa terjaga.
Lepas kawen aku meeting dengan dia.. Elok ko.. habis hilang semua masalah. Eh tetiba kelihatan wangi auto hensem pulak dia yang tak best nye put on weight sudahhh.. Kesimpulannya, pandai bini dia jaga |
|
|
|
|
|
|
|
cakap. kena ckp. people cant read minds. most lelaki yg i kenal waktu kat uni dulu mmg pengotor. kalau lalu depan rumah sewa budak2 lelaki pun rasa nk termuntah hijau sbb mcm2 bau dah keluar.adlah yg nampak presentable sikit tp boleh kira dgn jari. apepun semua org boleh berubah esp utk pasangan. just bgtau elok2. baru sgt berkahwin ni utk start rasa menyesal. panjang lagi perjalanan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ni x de kisah lain ke friska selain kisah rumahtangga org, kisah laki kena tinggal tunang...euwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Potpouri replied at 5-10-2022 11:05 PM
Cuba lah ubah slow2.. aku ada kawan lelaki dulu. Rambut penuh kelumumur, nampak penuh kat baju kalau ...
ntah2 tetap pengotor cuma bini dia rajin sentalkan si laki. aku rasa susah la pengotor nak ubah perangai jd pembersih. kalau pengadu dlm artikel ni aku rasa elok cerai je, confirm hari2 ko nak memaki je tgk perangai pengotor ni. baik hidup solo yg tenang. lain lah yg pengotor tu family sendiri, mmg tak boleh nak cerai la, sama ada ko yg kena jd babu tolong bersihkan atau ko biar pastu tahan la tgk pemandangan burokkk! yg pengotor tu mmg takkan buat pape sbb dia selesa je dgn kekotoran eeww! |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kat uni dulu meols ada kwn lelaki pembersih. Umah family dia jenis karpet penuh. Dia anak lelaki tunggal. Dan mak dia tak ada org gaji. Bila dia sewa umah, mmg tak tahan gila dgn kwn2 yg x pembersih. Kwn meols ni siap gosok celah2 antara lantai dgn dinding abes semua bersih. |
|
|
|
|
|
|
|
Marriage is far bigger than this. Kepada acik2 yang suruh bercerai tu memang singkat sangat fikiran.
|
|
|
|
|
|
|
|
pasang sign.. "pasti kan flush, tiada air kencing atas seat''.. 'jirus selepas berkahak".. "harap jaga kebersihan" |
|
|
|
|
|
|
|
Tu ada lagi teruk..kecin dlm sinki merecik2 tepian sinki. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki aku dulu memula pgotor gak ..puan sskjp. Lama2 makin ok..tp mmg geram la nk bg dia berubah tu |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 6-10-2022 07:15 AM
Ko ni x de kisah lain ke friska selain kisah rumahtangga org, kisah laki kena tinggal tunang...euwww ...
Sbnrnya dia menggelupur buka benang kalau kisah tu negatif pasal perempuan tempatan jer. Nak tunjukkan perempuan tempatan tak guna. Tgk jer lah kat benang tunang tu, terus masuk jarum suruh cari betina indon.
Dia mak ayam kot, kalau ada yg nak betina indon, pm lah dia.
Tak apa-apa CI skrg, benang sampah besepah. |
|
|
|
|
|
|
|
this is when the communication is really important. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 5-10-2022 11:45 PM
Marriage is far bigger than this. Kepada acik2 yang suruh bercerai tu memang singkat sangat fikiran. ...
Yang suruh bercerai tu rasanya belum menikah. |
|
|
|
|
|
|
|
dah serupa notis mcm duk rumah sewa time bujang but yeahhh gtu lah situasi rumah bujang dlu2 euwwwwwww pengotor betul
|
|
|
|
|
|
|
| |
|