View: 360|Reply: 0
|
[Kedah]
Angkara dadah anak tendang, tampar ibu hingga patah gigi
[Copy link]
|
|
Padang Terap: Angkara dadah, seorang anak hilang pertimbangan dan sanggup menampar ibu sendiri hingga patah gigi dalam kejadian di sebuah kampung di sini, Khamis lalu.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, warga emas berusia 68 tahun berkenaan turut ditendang anak lelakinya yang berusia 30-an itu.
Difahamkan, kejadian berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang berang selepas dia bertanyakan jumlah anak dimiliki mangsa sebelum wanita terbabit menjawab yang dia mempunyai empat anak.
Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, ketika berada di dapur di rumah mereka, suspek bertanyakan berapa jumlah anak ibunya.
"Sebaik ibunya menjawab soalan berkenaan, suspek terus menampar pipi kiri wanita terbabit membuatkan mangsa terus ke bilik tidur.
"Bagaimanapun, suspek yang masih tidak berpuas hati mengekori ibunya hingga ke bilik tidur dan menampar kedua-dua pipi wanita berkenaan hingga patah gigi bawah selain turut menendang mangsa sebanyak dua kali," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya membuat laporan polis sehari selepas kejadian.
"Susulan itu, polis berjaya mengesan dan menahan suspek serta mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
"Siasatan awal mangsa mendakwa dia sering diperlakukan demikian oleh suspek dan mengesyaki anaknya bertindak demikian kerana di bawah pengaruh dadah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... u-hingga-patah-gigi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|